RASMI: Hamidin Terpilih Selaku Ahli Majlis FIFA 2023-2027

Presiden Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin secara rasmi akan menjadi sebahagian Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untk penggal 2023-2027.

Pemilihan Kongres Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) ke-33 di Bahrain pada hari ini menyaksikan Datuk Hamidin antara calon yang berjaya memenangi kerusi tersebut.

Pemilihan ini sedikit sebanyak memberi kelebihan buat Malaysia terutama bagi memajukan lagi bola sepak di Malaysia.

Dengan adanya Presiden FAM sebagai wakil FIFA, moga akan lebih banyak program bawah kelolaan badan tersebut dapat di adakan di Asia terutama Malaysia pada masa akan datang.

Apatah lagi, Stadium AFC bakal dibina di Putrajaya nanti dan ini sudah pasti memberi manfaat lebih banyak kepada Malaysia.

Misalnya kejohanan bola sepak melibatkan FIFA dapat diadakan di negara kita pada masa akan datang.

Tahniah kepada Datuk Hamidin, dan selamat menjalankan amanah yang diberikan dengan jayanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN