Ucapan Penuh Inspirasi Granit Xhaka Bantu Semangatkan Arsenal Untuk Tewaskan Tottenham Hotspur

Ucapan penuh inspirasi daripada Granit Xhaka dikatakan telah membantu menyemangatkan skuad Arsenal untuk tewaskan Tottenham Hotspur dalam aksi London Derby kemarin.

Ciri-ciri kepimpinan sejati jelas terlihat ada dalam diri bintang Switzerland itu dan rata-rata peminat yakin para pemain turut bersemangat mendengar ucapan daripada Xhaka itu.

Bekas bintang Borussia Monchengladbach itu sebenarnya pernah menjadikan ketua pasukan Arsenal sebelum jawatan tersebut ditarik balik pada tahun 2019 yang lalu.

Dek kerana beliau mempunyai masalah dengan para penyokong sendiri, maka pihak kelab memutuskan untuk menarik balik jawatan ketua pasukan itu dari Xhaka.

Di bawah kendalian Mikel Arteta, Xhaka sepertinya sudah berjaya untuk memberikan yang terbaik kepada kelab dan sepertinya hubungan beliau bersama para penyokong juga semakin membaik.

Bahkan, para peminat yang sebelum ini menghentam dan mengusir beliau dari kelab, kini sudah menjadi antara penyokong paling setia dibelakang beliau.

Xhaka juga sebelum ini sering bagi masalah kepada Arsenal dek kerana kekerapan beliau mengutip kad amaran terutama kad merah ketika diturunkan untuk bermain.

Walau bagaimanapun, sejak beberapa perlawanan kebelakangan ini, Xhaka sepertinya semakin berdisiplin dan sudah tidak menjadi sasaran pengadil ketika berada di atas padang.

Perkembangan positif yang beliau tunjukkan jelas sekali beri impak yang sangat sempurna dalam usaha Arsenal untuk terus mengukuhkan kedudukan mereka di puncak saingan Premier League.

Terbaru, tular di media sosial sebuah video yang menunjukkan bagaimana semangatnya Xhaka ketika beri ucapan kepada rakan sepasukannya sebelum sepak mula aksi bertemu Tottenham Hotspur.

Para penyokong Gunners jelas sekali sangat teruja menonton video tersebut dan rata-rata dari mereka percaya Xhaka merupakan ketua pasukan walau tanpa armband di lengan.

Para pemain Arsenal ketika itu membentuk bulatan sambil melakukan regangan di atas padang di Tottenham Hotspur Stadium, sambil aksi mereka itu dirakam oleh TV dan ditonton oleh jutaan peminat di media sosial.

Xhaka sendiri ketika itu dilihat sedang bersemangat memberi ucapan kepada rakan sepasukannya yang begitu teruja mendengar kata-kata dari bintang Switzerland itu.

Dari gaya, gerak tangan, nada suara dan kata-kata yang keluar dari mulut Xhaka jelas sekali sangat membantu menyemangatkan rakan sepasukannya.

Walaupun Martin Odegaard merupakan ketua pasukan Arsenal pada ketika ini, namun harus diakui yang Xhaka mempunyai ciri kepimpinan yang lebih baik.

Odegaard lebih kepada memimpin aksi-aksi di atas padang, dan Xhaka pula sementara itu menyumbang dalam segala segi.

Para peminat turut sangat teruja menonton video tersebut dan rata-rata dari mereka meninggalkan komen yang sangat bermanfaat pada video tersebut.

“Cara bagaimana Xhaka mengubah pandangan peminat terhadap karier dia sebenarnya satu hal yang sangat indah dan luar biasa menakjubkan.”

“Ada ke pemain lain dalam sejarah dunia bola sepak yang mampu lakukan apa yang telah dilakukan oleh Granit Xhaka? dia asalnya antara pemain paling dibenci dan sekarang dia berjaya ubah itu untuk menjadi pemain paling dihormati.”

“Xhaka pernah dianggap sebagai pemain paling tak berguna pernah Arsenal miliki, tapi sekarang berani saya katakan, dia layak dianggap sebagai antara legenda terhebat sepanjang zaman kelab.”

“Saya sangat berharap kalau kita menang liga, dia akan bersama-sama dengan Odegaard untuk memimpin skuad menjulang piala bersama. Inilah kisah dari zero kepada hero yang paling dahsyat dalam sejarah dunia bola sepak.”

“Kita semua tahu yang Odegaard merupakan ketua pasukan, tapi realitinya, Xhaka tetap menjadi ketua kepada mereka dan Arteta berjaya dapatkan yang terbaik dari dia, saya pernah benci dia tapi sekarang dia antara pemain paling saya sayang.”

Arsenal kini memimpin carta saingan Premier League dengan kelebihan lapan mata selepas kejayaan mereka menewaskan Tottenham Hotspur 2-0 kemarin.

Telah berlaku insiden panas selepas tamat perlawanan tersebut, namun sepertinya Arteta dan barisan kejurulatihan Arsenal berjaya mendamaikan suasana dengan sangat baik.

Melihat kepada kedudukan terkini dan persembahan semasa skuad Arsenal, para penyokong Gunners kini sepertinya sudah boleh mula membayangkan untuk menjulang gelaran Premier League lebih awal dari yang dijangkakan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN