Alasan Mengapa Ralf Rangnick Masih Belum Boleh Mula Bertugas

Pelantikan Ralf Rangnick sebagai pengurus interim Manchester United sepertinya mendapat perhatian luar biasa dari pelbagai pihak.

Ada yang memuji dan mengagumi keputusan tersebut, dan ada juga yang menghentam dan mempertikaikan keputusan United melantik pengurus dari Jerman itu.

Para peminat sebenarnya sudah tidak sabar untuk melihat bagaimana corak permainan Red Devils di bawah kendalian Ralf Rangnick.

Walau bagaimanapun, mereka sepertinya perlu menunggu lebih lama lagi untuk melihat pengurus berpengalaman itu untuk berada di tepi padang mengendalikan aksi kelab.

Bekas pengurus RB Leipzig itu sedang menunggu visa pekerjaan beliau diluluskan sebelum mendarat di England.

Walau bagaimanapun, semalam pihak kerajaan UK telah mengeluarkan garis panduan baru berkait hal tersebut, dan ia secara tak langsung akan melewatkan sedikit urusan Rangnick.

Pihak kelab juga telah mengesahkan hal tersebut, dengan Michael Carrick akan terus mengendalikan kelab untuk aksi pada minggu ini, sehingga Ralf Rangnick tiba.

Carrick berkemungkinan akan turut mengendalikan United untuk aksi bertemu Crystal Palace dan Young Boys dalam saingan Champions League nanti, seandainya urusan visa Ralf Rangnick masih belum dapat diselesaikan.

Di bawah kendalian Carrick, Manchester United berjaya mencatatkan kemenangan 2-0 menewaskan Villarreal, dan turut mampu mengikat pendahulu saingan Premier League, Chelsea 1-1 minggu lalu.

Carrick juga akan dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan Manchester United untuk aksi pada minggu ini bertemu Arsenal di Old Trafford.

“Ralf Rangnick telah diumumkan sebagai pengurus interim kelab pada Isnin lalu, namun ketika kelab sedang menguruskan proses berkait visa, Carrick akan terus menjalankan tugas sebagai pengurus sementara.”

Tulis kenyataan rasmi dari Manchester United.

Rangnick teruja untuk menguruskan Red Devils

Ralf Rangnick menerima tawaran sebagai pengurus interim kelab, selepas Manchester United bersetuju dengan syarat beliau, untuk melantiknya menjadi penasihat kelab.

Beliau akan menjadi pengurus interim selama enam bulan sehingga akhir musim ini, dan kemudian akan terus bertugas sebagai penasihat kelab selama dua tahun.

“Saya sangat teruja untuk menyertai Manchester United dan saya akan memberi segalanya untuk menjadikan musim ini musim yang berjaya untuk kelab.”

“Skuad ini dipenuhi dengan pemain berbakat dan ada keseimbangan antara pemain muda dan berpengalaman. Segala usaha saya untuk tempoh enam bulan ke depan adalah untuk membantu para pemain ini untuk menyerlahkan bakat masing-masing, secara individu dan paling penting secara berkumpulan.”

“Selain itu, saya juga akan terus membantu dan menyokong kelab untuk projek jangka masa panjang dan menjadi penasihat.”

Jelas Ralf Rangnick berkait pelantikan beliau sebagai pengurus.

Ralf Rangnick akan bawa falsafah baru

Tidak ada sesiapa yang boleh menafikan kehebatan Ralf Rangnick sebagai pengurus dari segi kepintaran beliau berkait taktikal.

Walau tidak mempunyai sejarah memenangi banyak piala, namun Ralf diakui mempunyai falsafah yang hebat dan beliau mampu mengubah sesebuah kelab itu untuk menjadi lebih baik.

Tujuan utama Man Utd melantik Ralf Rangnick adalah kerana mereka memikirkan tentang masa hadapan kelab, dan Rangnick diharapkan dapat bantu membina generasi baru yang lebih gemilang.

United sebenarnya ada barisan pemain muda yang sesuai dengan corak permainan Ralf Rangnick dan beliau diharapkan akan dapat gunakan bakat-bakat ini sebaik mungkin.

Jadon Sancho, Marcus Rashford, Anthony Martial, Amad Diallo, Facundo Pellestri, Mason Greenwood kesemuanya merupakan pemain yang boleh bersinar andai bermain dengan corak permainan pantas.

Memandangkan Rangnick selepas ini akan bertugas sebagai penasihat, dan beliau juga yang akan bertanggungjawab dalam menentukan siapa pengurus serta pemain yang akan ditandatangani, maka tiada masalah untuk beliau mula membawa falsafah bola sepaknya ke bumi Old Trafford.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN