Alasan Mengapa Nama Messi Tiada Dalam Senarai 30 Calon Akhir Pemenang Anugerah Ballon D’or

Wakil dari penganjur anugerah Ballon d’Or, France Football tampil menjelaskan mengapa pemenang tujuh kali anugerah paling berprestij dalam dunia bola sepak, Lionel Messi diketepikan dari senarai 30 calon terbaik tahun ini.

Petang tadi, France Football telah mengumumkan senarai 30 calon akhir yang bakal memenangi anugerah Ballon d’Or pada tahun ini.

Pemain seperti Karim Benzema, Darwin Nunez, Sadio Mane, Kylian Mbappe, Kevin de Bruyne dan Dusan Vlahovic antara yang tersenarai dalam senarai tersebut.

Pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or, Cristiano Ronaldo turut tersenarai pada tahun ini selepas beliau cemerlang mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan bersama Man United pada musim lalu.

Bintang handalan Paris Saint Germain, Lionel Messi sementara itu terpaksa akur tersingkir dari senarai 30 calon akhir yang bakal memenangi anugerah tersebut.

Selepas senarai tersebut didedahkan, Emmanuel Bojan, wartawan dari France Football telah diberi tanggungjawab berat untuk menjawab soalan dari para peminat dalam satu sesi soal jawab.

Dan ketika keluar soalan tentang mengapa Messi tidak disenaraikan, beliau dengan tenang mendedahkan yang ada kriteria terbaru yang diperkenalkan dan ia tidak memihak kepada bintang Argentina itu.

Lionel Messi pada musim lalu berjaya menjaringkan 17 gol dari 46 penampilan dan beliau dikatakan sudah tidak berada di tahap persembahan terbaiknya lagi.

Emmanuel Bojan mendedahkan bahawa:

“Tidak dapat dielakkan, Lionel Messi dengan rekod 15 penampilan sebagai calon sejak 2006, dengan tujuh anugerah Ballon d’Or yang dia menang, pemegang rekod, jadi agak berat ketika melihat dia tiada sebagai calon pemenang.”

“Pemain kebangsaan Argentina itu merupakan sebahagian dari topik perbincangan ketika memilih 30 calon akhir, tapi kriteria baru yang ditetapkan sepertinya tidak memihak dia.”

Mengikut peraturan baru, memandangkan kalender bola sepak sudah tidak sama seperti sebelum ini, maka kejayaan beliau memenangi Copa Amerika pada Julai 2021 tidak boleh diambil kira.

Bojan turut mendedahkan yang ketidakstabilan aksi Messi bersama Paris Saint Germain juga merupakan antara punca mengapa beliau tidak terpilih sebagai calon akhir.

“Kita semua kena akui yang musim pertama dia bersama Paris Saint Germain sangat mengecewakan baik dari segi statistik mahupun aksi atas padang.”

Bojan turut ditanya tentang mengapa France Football memilih bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo sebagai calon pendek pada tahun ini.

“Ramai orang kecam tapi statistik membuktikan sebaliknya.”

Jelas Bojan menjawab persoalan tersebut.

“Ronaldo menjadi penjaring terbanyak di pentas bola sepak antarabangsa pada tahun ini (117 gol). Dia sangat berfungsi dalam saingan Champions League dan membawa United layak ke peringkat kalah mati.”

“Dalam saingan Premier League, dia jaringkan 18 gol termasuk dua hat-trick. Secara keseluruhannya, 32 gol dari 49 penampilan, walau bukan yang terbaik dari dia tapi itu sudah cukup untuk melayakkan dia berada di kedudukan 30 pemain terhebat dunia.”

Berikut merupakan senarai akhir 30 calon pemenang anugerah Ballon d’Or lelaki, wanita, Kopa Trophy dan calon akhir pemenang anugerah Yashin Trophy.

30 calon pemenang anugerah Ballon d’Or (Lelaki):

Thibaut Courtois, Rafael Leao, Christopher Nkunku, Mohamed Salah, Joshua Kimmich, Trent Alexander-Arnold, Vinicius Junior, Bernardo Silva, Luis Diaz, Robert Lewandowski, Riyad Mahrez, Casemiro, Son Heung-min, Fabinho, Karim Benzema, Mike Maignan, Harry Kane, Darwin Nunez, Phil Foden, Sadio Mane, Sébastien Haller, Luka Modric, Antonio Rudiger, Cristiano Ronaldo, Kevin De Bruyne, Dusan Vlahovic, Virgil van Dijk, João Cancelo, Kylian Mbappe, Erling Haaland

30 calon pemenang anugerah Ballon d’Or (wanita):

Selma Bacha, Fridolina Rolfo, Vivianne Miedema, Lucy Bronze, Sam Kerr, Christiane Endler, Lena Oberdorf, Kadidiatou Diani, Catarina Macario, Alexia Putellas, Alexandra Popp, Aitana Bonmati, Wendie Renard, Alex Morgan, Beth Mead, Asisat Oshoala, Marie-Antoinette Katoto, Millie Bright, Trinity Rodman, Ada Hegerberg

Calon pemenang Kopa Trophy: 

Karim Adeyemi (Borussia Dortmund), Jude Bellingham (Borussia Dortmund), Eduardo Camavinga (Real Madrid), Gavi (Barcelona), Ryan Gravenberch (Bayern Munich), Nuno Mendes (PSG), Jamal Musiala (Bayern Munich), Josko Gvardiol (RB Leipzig), Bukayo Saka (Arsenal), Florian Wirtz (Bayer Leverkusen)

Calon pemenang Yashin Trophy: 

Yassine Bounou (Sevilla), Alisson Becker (Liverpool), Thibaut Courtois (Real Madrid), Ederson (Manchester City), Mike Maignan (AC Milan), Edouard Mendy (Chelsea), Manuel Neuer (Bayern Munich), Jan Oblak (Atletico Madrid), Kevin Trapp (Eintracht Frankfurt), Hugo Lloris (Tottenham)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN