Aksi Kurang Baik Viitorul Constanta, Gheorghe Hagi Pecat Diri Sendiri

Gheorghe Hagi

Legenda Romania, Gheorghe Hagi yang menggalas dua peranan penting di kelab Liga 1 Romania,  Viitorul Constanta telah membuat keputusan mengejutkan apabila beliau memecat dirinya sendiri daripada tugasan pengurus kelab tersebut.

Tindakan drastik terhadap dirinya sendiri itu terpaksa diambil Hagi atas kapasiti sebagai pemilik pasukan berikutan prestasi hambar yang ditampilkan sejak kebelakangan ini.

Menurut sumber ESPN, Hagi mengeluarkan kenyataan yang berbunyi,”Bersama Presiden kelab, kami akan mencari pengurus baharu dalam masa beberapa hari lagi.”

Lebih menarik untuk diperkatakan, Presiden Viitorul Constanta merupakan adik ipar kepada Hagi yang juga bekas pemain skuad kebangsaan Romania dan pernah beraksi bersama Barcelona, Gheorge Popescu.

Viitorul Constanta yang mengecapi nikmat selaku juara Liga 1 Romania 2016/17 gagal melayakkan diri ke play-off enam pasukan teratas liga musim ini. Keadaan itu sudah pasti menjadi penyebab utama yang menjurus kepada pemecatan Hagi daripada tugas pengurus tersebut.

Dikenang sebagai legenda sejarah bola sepak Romania sepanjang zaman, Gheorghe Hagi telah ‘melahirkan’ dan menjadi pemilik Viitorul pada tahun 2009. Kelab ini dikenali sebagai pasukan yang banyak melahirkan pemain muda berbakat buat Romania.

Beliau yang membuat 124 penampilan bersama skuad kebangsaan Romania turut pernah merasai pengalaman beraksi dalam tiga kempen Piala Dunia dan pernah beraksi bersama Real Madrid dan Barcelona pada awal 90-an.

Anak beliau, Ianis Hagi juga merupakan bakat besar yang sedang meningkat naik dan telah memeterai kontrak jangka panjang bersama kelab Scotland, Rangers.

Kredit featured image: Claudio Villa/Getty Images

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN