Akibat Laporan Tidak Tepat Kononnya Dipukul Kerana Jersi Qatar, Lelaki Ini Ditahan Polis UAE

jersi

Peribahasa pernah mengatakan, “rumah siap, pahat berbunyi.” Begitulah apa yang berlaku selepas tamatnya Piala Asia 2019 apabila Qatar merangkul kejuaraan sulung.

Pelbagai berita telah tersebar mengenai dan berkaitan Qatar selaku juara. Dan ini mungkin berita paling menjengkelkan bagi sesetengah daripada anda.

Pakai jersi Qatar?

Ali Issa Ahmed, berasal dari Wolverhampton tetapi menyokong Arsenal. Sumber: Daily Mail.

Ali Issa Ahmed, seorang lelaki yang berwarganegara British telah ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk bercuti. Semasa percutian itu, beliau berkesempatan menonton perlawanan antara Qatar menentang Iraq dalam fasa 16 pasukan terbaik.

Selepas sahaja pulang daripada perlawanan itu, Ali mendakwa telah diserang sekumpulan individu yang tidak diketahui latar belakangnya. Dan waktu itu beliau memakai jersi Qatar.

Penyerang tersebut menanggalkan jersi itu dan pergi.

Kemudiannya Ali membuat laporan polis. Malah polis membawanya ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan.

Tidak konsisten?

Namun polis UAE mendapati kecederaan dialami tidak konsisten dengan laporan Ali. Ali kemudiannya ditahan polis negara itu pada 24 Januari, 2 hari selepas serangan itu berlaku.

Menurut BBC, polis UAE menahannya kerana beliau membuat laporan tidak tepat. Beliau berkemungkinan akan didakwa di mahkamah negara tersebut.

Pada 30 Januari, Ali dibenarkan menghubungi rakannya Amir Lokie dan menceritakan apa berlaku. Kemudiannya Amir dipercayai telah berhubung dengan BBC dan Kementerian Luar Britain untuk mendapatkan bantuan.

Siapa benar?

Pegawai berkaitan negara tersebut telah memberitahu bahawa beliau tidak ditahan kerana memakai jersi Qatar. Walaupun ada dakwaan terdapat undang-undang di UAE melarang sebarang promosi berkaitan Qatar.

Qatar menerima pemulauan daripada negara-negara jirannya termasuk sekatan udara, darat dan laut. Pemulauan ini berpunca daripada tuduhan Qatar menaja organisasi Islam – sedangkan dakwaan itu tidak pernah diakui oleh negara itu.

Kementerian Luar Britain menyatakan Ali merupakan lelaki yang memiliki dua kerakyatan iaitu Britain dan Sudan. Sebelum ini, Kementerian Luar Britain telah menasihatkan warganegaranya agar mengelakkan promosi dan simpati kepada Qatar sekiranya berkunjung ke UAE.

Kementerian itu juga sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah yang menimpa warganya ini.

Agak rumit kisah diplomatik – sukan sebegini. Bak kata orang lama, “gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.”

Lebih baik diselesaikan secara dakwat dan kertas. Daripada selesai menggunakan senjata api dan dawai besi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN