Duo Brazil Percaya Liverpool Perlu Berada Di Prestasi Terbaik Untuk Bergelar Juara EPL

Liverpool

Penjaga gol kelahiran Brazil, Alisson Becker mengakui bahawa Liverpool perlu berada di prestasi terbaik bagi mengekang tekanan hebat diberikan Manchester City sekaligus meraih kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Alisson turut mengakui hakikat The Reds perlu untuk memenangi kesemua perlawanan dalam usaha merealisasikan impian yang kian lama menjadi harapan buat Liverpool itu.

Liverpool ketika ini hanya berkelebihan tiga mata di hadapan Manchester City selepas sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 di London Stadium.

LIVERPOOL, ENGLAND – DECEMBER 16: Jesse Lingard of Manchester United scores his team’s first goal past Alisson of Liverpool and Virgil van Dijk of Liverpool during the Premier League match between Liverpool FC and Manchester United at Anfield on December 16, 2018 in Liverpool, United Kingdom. (Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

”Kami perlu bersedia untuk melawan segala-galanya. Semua keadaan buruk yang telah berlaku.”

”Saya percaya pasukan kami berada di landasan yang tepat. Ketika ini, kami tidak mempunyai banyak ruang untuk ragu-ragu.”

”Sekiranya kami mahu menjadi juara, kami perlu memenangi segalanya sejak dari sekarang.”

Dalam pada itu, rakan senegara Alisson Becker bersama skuad Brazil, Fabinho turut senada dengan penjaga gol tersebut.

LIVERPOOL, ENGLAND – DECEMBER 02: Andre Gomes of Everton runs with the ball under pressure from Fabinho of Liverpool during the Premier League match between Liverpool FC and Everton FC at Anfield on December 2, 2018 in Liverpool, United Kingdom. (Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

”Kami mempunyai keyakinan. Kami menikmati bulan Disember yang cukup cemerlang, di mana ia hampir sempurna, tetapi kini kami merasainya.”

”Ia sukar untuk menceritakan mengapa perkara seperti ini terjadi. Saya percaya bahawa pasukan yang akan bertemu kami, akan bermain dengan sangat ‘deep’.”

”Kami perlu untuk melakukan beberapa perkara berbeza dan mungkin kami tidak melakukan perkara ini – kami tidak berupaya untuk mencari ruang.”

”Seringkali, kami mahu melalui kawasan tengah dan ia ternyata sukar apabila bertemu pasukan yang mempunyai fizikal yang kuat serta mengamalkan corak permainan bertahan. Kami perlu mencari jalan penyelesaian dan dalam beberapa perlawanan yang lalu, kami gagal mendapatkannya.”

”Kami mahu beraksi dengan baik pada setiap hari tetapi malangnya ia tidak terjadi. Kami mengetahui kualiti yang dimiliki dan kami juga tahu kami mampu untuk melakukan lebih. Jika kami melakukannya, dengan kualiti kami, kami akan terus berada di tangga teratas.”

Fabinho turut melihat aksi seterusnya bertemu Bournemouth perlu berakhir dengan kemenangan apabila beberapa pemain yang dilaporkan mengalami kecederaan akan kembali pulih.

Keadaan yang dapat memberikan pilihan buat Jurgen Klopp dalam membariskan kesebelasan utama terkuat buat Liverpool.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN