Akhyar Rashid Tekad Mahu Rebut Tempat Dalam Pasukan Utama JDT

Pemain muda JDT, Akhyar Rashid bertekad akan berusaha menjadi pemain utama pasukan Harimau Selatan. Menurut Akhyar Rashid, tiada jalan mudah untuk merebut tempat dalam pasukan JDT. Pasukan yang sarat dengan pemain-pemain berkualiti.

Beliau memberitahu Stadium Astro bahawa beliau akan cuba bekerja keras untuk mencapai prestasi terbaik.

Akhyar hanya menjadi ‘cameo’ dalam aksi JDT menentang Perak semalam. Di mana JDT menang perlawanan pertama liga musim ini dan menjulang Piala Sumbangsih. Jaringan kemenangan JDT adalah daripada Gonzalo Cabrera pada separuh masa pertama.

JDT menguasai perlawanan. Namun sayangnya hanya 1 gol dihasilkan daripada beberapa peluang dicipta.

Akhyar Rashid mahu membuktikan kualiti dirinya. Beliau berkata: “Saya akan berjuang berhabis habisan dan berusaha lebih lagi, seterusnya cuba mengekalkan momentum permainan.”

Akhyar sudah menyedari akan persaingan sengit dalam JDT. Terutama sekali adanya nama seperti Gonzalo Cabrera dan Safawi Rasid di posisi ‘flanker’ – posisi kegemaran Akhyar Rashid.

Bercakap tentang aksi menentang Perak semalam, Akhyar tetap menghargai peluang beraksi menentang Perak walaupun mengakui ianya agak sekejap. Dan Akhyar mengucapkan tahniah kepada rakan rakannya serta staf kejurulatihan di atas kejayaan JDT mengekalkan Piala Sumbangsih.

Mampukah Akhyar Rashid menjadi pemain utama JDT musim ini?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN