Gianluigi Buffon: Ketiadaan Neymar Buatkan PSG Dalam Bahaya

Neymar

Penjaga gol berpengalaman, Gianluigi Buffon melihat kecederaan yang dialami Neymar bakal mengakibatkan misi Paris Saint-Germain untuk merangkul trofi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dalam bahaya.

Neymar disahkan mengalami kecederaan metatarsal pada perlawanan bulan lalu menentang RC Strasbourg dan akan terlepas kedua-dua aksi peringkat 16 menentang Manchester United.

Pemain yang terkenal dengan kemahiran individu berkelas dunia itu mempamerkan aksi meyakinkan pada musim ini selepas berjaya menjaringkan 20 gol dalam 23 penampilan dalam semua kejohanan bersama PSG.

”Setiap tahun, saya sentiasa berfikir ia akan menjadi tahun yang tepat. Tetapi kini telah 24 tahun sejak saya mencuba untuk memenangi Liga Juara-Juara Eropah.”

”Tetapi ia sangat sukar untuk dilakukan. Anda perlu untuk memiliki sedikit nasib. Ketika ini buat kami, ini adalah masa yang istimewa kerana Ney (Neymar) mengalami kecederaan.”

”Bagi kami, Ney merupakan pemain yang sangat penting kerana dia melakukan perkara yang luar biasa untuk pasukan ketika tiga bulan terakhir ini.”

”Bagi kami, amat berbahaya sekiranya kami tidak dapat menggunakan khidmatnya.”

Dengan prestasi Manchester United yang kian cemerlang, tidak mustahil kerisauan Buffon ini bakal menjadi kenyataan sekaligus menghancurkan impian PSG dalam kancah Eropah.

Kedua-dua pasukan akan bertemu pada 13 Februari dan 7 Mac ini dengan aksi pertama berlangsung di Old Trafford.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN