Roy Hodgson Gembira Wan Bissaka Sah Seorang Manusia

Aaron Wan Bissaka merupakan antara pemain yang sangat menyerlah musim ini. Beliau mulai dikaitkan dengan kelab besar seperti Manchester United dan juga Manchester City.

Beliau pemain bek sisi yang ofensif. Mampu bertahan dan memberikan hantaran untuk mencipta peluang di zon serangan.

Dalam aksi derbi menentang Fulham semalam, Palace menang 2-0. Namun begitu Aaron Wan Bissaka melakukan kesilapan yang hampir membawa padah.

Roy Hodgson memberikan komen beliau ke atas pemain tersebut. Beliau berkata: “Harus diakui, beliau [Wan Bissaka] melakukan kesilapan pada minit ke-94. Dan saya merasa sangat lega dengan perkara itu.”

Hodgson merasa lega kerana akhirnya beliau tidak perlu risau sama ada Wan Bissaka seorang manusia ataupun robot.

Beliau menambajh: “Saya lega beliau melakukan kesilapan, kerana saya mulai berfikir beliau sebenarnya robot.”

Hodgson menyatakan beliau meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada Wan Bissaka sejak dulu lagi. Wan Bissaka pernah meminta untuk dipinjamkan ke kelab lain pada tahun lalu, namun Hodgson menolak permintaan itu.

“Tahun lepas Aaron [Wan-Bissaka] datang bersemuka dengan saya dan meminta dilepaskan secara pinjaman. Dan saya tidak menerimanya. Saya kata: ‘tidak’. Dan selepas itu beliau menjadi pemain utama pasukan dan tidak lagi menoleh ke belakang.”

“Itu membuktikan saya mengambil keputusan yang tepat. Beliau pemain luar biasa.”

Crystal Palace akan bermain satu lagi derbi selepas ini – menentang West Ham United.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN