MSL2019: Gol Hadin Azman Ikat Selangor Di Shah Alam

Perlawanan di antara Selangor dan Felda United antara perlawanan tumpuan dalam LS1. Hadin Azman menafikan hasrat Selangor untuk mendapat 3 mata penuh di Shah Alam.

Selangor bergelut pada awal perlawanan.  Gergasi merah kurang kreativiti dan tercari-cari rentak. Mereka cuba untuk menghidupkan talian taktikal kepada penyerang – terutama sekali Rufino Segovia.

Namun begitu Selangor akhirnya memecah kebuntuan terlebih dahulu. Mereka mendahului menerusi penyerang baru mereka, Antonio German pada minit ke-41.

Ini merupakan gol pembukaan akaun oleh Antonio German bersama Selangor.

Pada separuh masa kedua, Selangor cuba memperbaiki rentak permainan. Namun Norazlan Razali tenang berhadapan dengan ancaman daripada rakan lamanya.

Sehinggalah pada minit ke-69, Stadium Shah Alam tergamam seketika dengan jaringann Hadin Azman. Satu jaringan yang licik daripada kapten Felda United. Jelas sekali Khairul Azhan ditewaskan di ‘near post’.

Tersentak dengan gol itu, Selangor menggandakan asakan untuk mencari gol pendahuluan sekali lagi. Sathianathan melakukan beberapa pertukaran. Namun usaha itu gagal.

Tiada tambahan gol dicatatkan oleh kedua-dua pasukan. Selangor dan Felda United seri 1-1. Ini merupakan perlawanan ke-2 daripada LS1 yang berakhir dengan kedudukan seri.

Selepas ini Selangor akan bermain dalam derbi menentang PJ City FC. Manakala Felda United akan berhadapan dengan PKNP FC.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN