Akaun Tak Seimbang, UEFA Arah PSG Jual Pemain Bernilai £52.9 Juta

Paris St-Germain (PSG) perlu menjual pemain mereka dengan nilai sekurang-kurangnya £52.9 ataupun €60 juta untuk membolehkan mereka menepati piawaian kewangan berdasarkan financial fair play (FFP).

UEFA mengesahkan PSG tidak melakukan sebarang salah laku major dalam FFP melibatkan perpindahan pemain pada musim lalu, cuma mereka masih dalam perhatian.

Kertas siasatan ke atas PSG dibuka pada September tahun. Sebulan selepas mereka menandatangani Neymar dengan harga
£200 juta. Presiden La Liga, Javier Tebas menyatakan, ada perkara yang tak kena jika PSG tak tersabit kesalahan FFP dengan pembelian Neymar.

Mereka kemudian membeli Kylian Mbappe dengan meminjam terlebih dahulu pemain tersebut. Selepas itu mereka membayar £165.7 juta kepada Monaco selepas musim 2017/18 berakhir. Akibat terlalu agresif membeli pemain terlalu mahal, ini yang menyebabkan UEFA melancarkan audit lebih mendalam.

Hasil audit mendapati, PSG hanya perlu mengurangkan hutang semasa kelab tersebut dengan mengimbangi akaun mereka. UEFA menyatakan mereka masih berpuas hati dengan laporan imbangan akaun (break-even) kelab tersebut.

Oleh itu, FFP meminta PSG menjual pemain (atau beberapa pemain) untuk mendapatkan dana masuk sekitar £52.9 juta untuk laporan kewangan tahunan yang berakhir pada Jun ini.

Daniel Alves, Neymar Jr and team of PSG celebrates a goal during the Ligue 1 match between Lille OSC and Paris Saint Germain PSG at Stade Pierre Mauroy on February 3, 2018 in Lille, . (Photo by Anthony Dibon/Icon Sport)

Sebuah lagi kelab yang disiasat iaitu Galatasray didenda £5.3 juta kerana melanggar piawaian FFP dan perlu mengimbangi akaun mereka menjelang musim 2021-22. Tindakan lebih berat akan diambil sekiranya mereka gagal.

Marseille didenda £88,000 kerana kesalahan kecil berkaitan dengan imbangan akaun. Manakala kelab Israel, Maccabi Te Aviv telah gagal menepati piawaian FFP.

Mereka perlu membayar beberapa hutang mereka untuk memenuhi syarat FFP. Jika tidak, mereka akan dikenakan tindakan keras.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN