4 Sebab Anda Harus Ikuti SemuanyaBOLA Sepanjang Piala Dunia 2018

Selepas lama menunggu akhirnya Piala Dunia tiba jua. Sebagai salah sebuah media bola sepak elektronik, semuanyaBOLA sudah pastinya ada perancangan tersendiri untuk disajikan kepada pembaca.

Sejak semuanyaBOLA ditubuhkan dan dilancarkan dalam bentuk laman web pada 2014, ini merupakan Piala Dunia pertama yang kami akan buat liputan dengan cara kami.

Kami sentiasa komited dalam memberikan bahan bacaan yang berkualiti berkaitan bola sepak kepada anda semua.

Berikut adalah 4 sebab kenapa anda harus mengikuti semuanyaBOLA sepanjang Piala Dunia.

1. Kupasan komprehensif

Kami akan menyediakan kupasan komprehensif dan konstruktif sepanjang Piala Dunia oleh penganalisis dan juga penulis sukan kami.

Ini merangkumi
– Previu perlawanan
– Laporan perlawanan dan rangkuman
– Analisis taktikal
– Rating pemain

Jika anda peminat artikel bercorak teknikal dan taktikal dalam laras yang ilmiah, konstruktif dan kritikal, semuanyaBOLA adalah rumah Piala Dunia anda.

2. Berita dan perkembangan mutakhir

Kami akan memaparkan berita dan perkembangan terkini berkaitan Piala Dunia untuk pengetahuan kita semua. Kami akan cuba mengemaskini berita pada bila-bila masa untuk anda.

Ikuti semua saluran media kami termasuk Twitter, Instagram, Facebook, Telegram dan juga terus ke laman web kami. Jadi anda akan bersama kami di mana sahaja menerusi pelbagai platform walaupun anda tengah beraya.

Bagi pengguna Facebook jangan lupa tetapkan ‘see first’.

3. Acara dan pertandingan khas

Di semuanyaBOLA kami akan mengemaskini beberapa acara khas terutama yang berada di sekitar anda. Ini termasuk beberapa pertandingan khas yang boleh anda sertai untuk memenangi hadiah.

Jadi, teruskan bersama kami dari semasa ke semasa untuk membolehkan anda berpeluang menjadi pemenang beberapa pertandingan.

4. Fakta dan trivia menarik

Kami juga akan cuba menyuapkan audien dengan fakta dan beberapa maklumat menarik berkaitan dengan Piala Dunia. Ini termasuk yang terkini dan juga daripada Piala Dunia yang lain.

Teruskan bersama kami sebagai rakan bola sepak anda terutama sekali sepanjang Piala Dunia 2018.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN