Pemain Gantian, Cherysev Cemerlang Bantu Rusia Belasah Arab Saudi

Perlawanan pembukaan Piala Dunia kali ini melibatkan pasukan hos, Rusia menentang Arab Saudi.

Rusia ternyata meneruskan tradisi unik pasukan tuan rumah, di mana masih belum ada pasukan tuan rumah yang tewas dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia. Tidak juga di bumi Rusia.

Rusia ternyata pasukan yang memulakan perlawanan ini lebih baik. Pada minit ke-4, Dzagoev mencipta peluang dari sebelah kiri namun percubaan Smolov dihadang oleh Alaburayk.

Selepas beberapa kali menyerang, Rusia akhirnya di hadapan menerusi Yuri Gazinskiy hasil umpanan Aleksandr Golovin.

Dzagoev dan Smolov bergandingan sekali lagi mengancam kubu Arab Saudi, dan sekali lagi Alaburayk menjadi penghalang.

Rusia mendapat tamparan hebat apabila perancang utama mereka Dzagoev terpaksa dikeluarkan kerana mengalami kecederaan hamstring.

Golovin kemudian meminta penalti namun tidak diendahkan oleh pengadil. Sayang sekali serangan balas itu tidak disudahkan.

Pemain yang menggantikan Dzagoev menjaringkan gol kedua menerusi Denis Cheryshev yang tenang menewaskan 3 pertahanan dan merembat deras ke near post.

Separuh masa pertama tamat 2-0, Arab Saudi sangat lemah untuk menyerang. Mereka boleh dikatakan tiada momen signfikan ketika menyerang.

Separuh masa kedua, Rusia melancarkan tekanan awal ke kubu Arab Saudi. Namun begitu, Arab Saudi mencipta peluang terbaik dalam perlawanan ini menerusi hantaran lintang oleh Al Shalawi yang gagal disempurnakan Taiseer Jassam.

Arab Saudi ternyata lebih positif awal 20 minit separuh masa kedua, namun masih tidak cukup kreatif.

Minit ke-63, pemain Levante, Farhad Al Muwallad dibawa masuk.  Rusia mengeluarkan Semedov dan memasukkan Kuzyaev.

Pada minit ke-68, Rusia memaksa Abdullah Al Mayoof melakukan aksi menyelamat dengan percubaan deras oleh Zobnin. Smolov gagal melakukan susulan.

Dzyuba dimasukkan menggantikan Smolov. Penglibatan pertama beliau terus mengeggar lawan. Gol ke-12 beliau untuk Rusia dalam karier.

Ketika perlawanan kelihatan akan berakhir 3-0, Cheryshev melakukan percubaan cantik menggunakan outside of the boot untuk meletakkan Rusia 4-0 di hadapan pada masa kecederaan.

Golovin memastikan Rusia memalukan Arab Saudi dengan 5 gol menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti yang sangat cantik pada masa kecederaan. Rusia menang 5-0.

Kemenangan yang bermakna untuk pasukan tuan rumah dalam usaha mereka mahu mengelak daripada gagal ke pusingan kalah mati. Arab Saudi ada tugas sangat berat pada perlawanan seterusnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN