Jika Gambang boleh bangga kerana adanya Akademi Mokhtar Dahari, penduduk di negeri Sabah juga boleh berbangga dengan adanya Akademi Bung Mokhtar Radin di negeri itu pada masa akan datang.
Ia berikutan usaha Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) yang kini dalam proses merancang mewujudkan sebuah akademi bola sepak, khusus untuk mengembangkan bakat pemain remaja di Sabah.
Untuk ianya dilaksanakan, satu memorandum persefahaman di antara tiga pihak berkepentingan akan dimeterai dalam masa terdekat, sebelum Akademi Bung Mokhtar Radin dilancarkan pada masa terdekat.
Menurut Naib Presiden SAFA, Suhaimi Nasir, pewujudan akademi itu adalah yang pertama di Sabah dan akan menggunakan nama Presiden SAFA sekarang.
Akademi Bung Mokhtar Radin Bakal Ditubuhkan Untuk Asah Bakat Muda https://t.co/jQpZGlv8lG pic.twitter.com/5Be5HHKTQs
— Sukanz. (@sukanzcom) July 2, 2021
Ia juga mensasarkan untuk membangunkan bakat pemain-pemain muda terbaik dari umur 12 hingga 18 tahun dari seluruh negeri Sabah.
Bagaimanapun menurut Suhaimi melalui laporan Utusan Borneo, belum ada tarikh khusus ditetapkan untuk pelancaran akademi tersebut yang hanya akan dilakukan selepas MoU dengan MSN dan Jabatan Pendidikan sudah dimeteraikan nanti.
Suhaimi juga dikatakan bersama-sama Penolong Setiausaha Agung SAFA, Azman Mastar dan Setiausaha Eksekutif SAFA, David Wisom sudah mengadakan perjumpaan dengan Pengarah MSN, Mohd Asneh Mohd Noor berhubung perkara itu.
“Kita dalam proses perbincangan untuk menentukan tarikh bila MoU itu akan dimeteraikan kerana ia perlu persetujuan ketiga-tiga pihak,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Azman turut mengesahkan kerjasama di antara ketiga-tiga pihak itu telah dilakukan sebanyak tiga kali.
Penglibatan MSN dianggap penting kerana pengalaman dan penglibatan mereka di dalam Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP).
Bagaimanapun tidak dinyatakan di manakah akademi yang dikatakan mempunyai fasiliti lengkap seperti padang itu akan dibina.
Pada masa yang sama, Azman berkata, SAFA pula akan berusaha untuk mengadakan kejohanan peringkat umur seperti bawah 12 tahun, 14 tahun, 16 tahun dan 18 tahun.
Baca artikel menarik lain mengenai Liga Malaysia:
Perak FC Lancar Jersi Khas Sambutan 100 Tahun Yang Cukup ‘Merecik’
Alex Agyarkwa Teruja Sertai Pasukan Hebat Seperti Selangor 2