Ain Edruce Minat Safawi, Wany Hasrita Cabar Harimau Malaya Ke Piala Dunia

Siapa sangka, bintang Anugerah Paling Popular Berita Harian Ke-31 (ABPBH31), Wany Hasrita juga meminati sukan bola sepak. Penyanyi berusia 27 tahun ini bekata demikian dalam satu temu ramah yang diadakan bersama wartawan Harian Metro baru-baru ini.

Dan seperti mana-mana peminat sukan bola sepak di negara ini, Wany adalah antara ribuan penyokong skuad Harimau Malaya dari kalangan selebriti terkenal tanah air.

Wany Hasrita

Melalui artikel yang disiarkan oleh akhbar itu semalam, penyanyi yang terkenal dengan lagu Menahan Rindu itu juga mencabar pasukan kebangsaan untuk layak ke Piala Dunia 2022 yang akan berlangsung di Qatar.

Malaysia ditempatkan di dalam Kumpulan G bersama-sama tiga lagi negara jiran, Indonesia, Vietnam dan Thailand; dan juga Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Foto: FAM

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe akan memulakan kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno pada 5 September hadapan.

Bercakap mengenai cabaran pasukan negara, Wany berkata beliau pasti akan turun menyaksikan perlawanan membabitkan pasukan negara di Qatar sekiranya anak buah Tan Cheng Hoe berjaya mara ke Piala Dunia.

Ain Edruce

“Malaysia perlu membuktikan kemampuan. Mewakili artis tanah air, saya percaya pasukan Malaysia boleh,” katanya.

Rakan selebriti, Ain Edruce yang juga merupakan seorang model, pengacara dan pelakon yang terkenal melalui drama Kekasih Paksa Rela dan 30 Pesanan Suara di Slot Akasia TV3 juga senada dengan Wany.

My Dinh
Foto AFF

“Beraksilah sebaik mungkin dalam peringkat kumpulan. Jika Malaysia layak, saya akan turun semua perlawanan sama ada di dalam atau luar negara,” katanya.

Ain juga berkata beliau meminati penyerang sayap JDT, Safawi Rasid dan juga Cristiano Ronaldo bagi pemain dari luar negara.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN