Xhaka Buat Unai Bangga

Granit Xhaka sekali lagi menjadi subjek kepada kritikan daripada penyokong Arsenal. Ini kerana pemain ini dikenali dengan reputasi beliau yang suka melakukan kesilapan tidak sepatutnya, terutama sekali dalam perlawanan besar.

Dalam aksi Derbi London Utara semalam, Granit Xhaka melakukan terjahan yang memberikan Tottenham Hotspur sepakan penalti.

Selepas tamat perlawanan, wartawan menggariskan isu itu dan bertanya komen Unai Emery ke atas pemilihan Xhaka serta kesilapan beliau yang membuatkan pasukannya kehilangan mata.

Unai Emery mempertahankan keputusan beliau memilih Granit Xhaka, yang juga merupakan kapten Arsenal.

Selain daripada Xhaka, beliau juga mempertahankan Sokratis yang gagal bertahan dengan baik, membawa kepada bolos pertama Arsenal dalam perlawanan ini.

Arsenal terpaksa bekerja keras untuk bangkit daripada ketinggalan 2 gol. Arsenal berjaya bangkit dan menamatkan perlawanan dengan keputusan 2-2.

Unai Emery lebih berminat bercakap tentang perkara positif daripada perlawanan ini.

“Sebenarnya saya hanya mahu bercakap tentang perkara yang positif sahaja. Ini kerana lebih banyak perkara positif berbanding negatif dalam perlawanan ini.”

“Namun pada separuh masa pertama kita membuat kesilapan, contohnya secara taktikal.”

“Kane menyungkit bola melepasi pertahanan kami. Dan sebenarnya kami sudah berlatih berhadapan situasi itu dengan seorang pemain mendekati Kane dan seorang melakukan ‘cover’.”

“Dalam situasi ini, ada 2 pemain pergi ke arah Kane dan gagal dalam tindakan yang membawa kepada bola kedua dan menjaringkan gol.”

“Inilah silap kita. Namun kerana para pemain kita mahu menang perlawanan ini, mereka bermain lebih emosi, banyak perkara yang mendorong jiwa mereka.”

“Dan saya lebih suka apa yang berlaku selepas itu, pada separuh masa kedua, kita bercakap tentang mengawal situasi melibatkan Kane. Dan kita melakukannya lebih baik. Dan kita lebih hampir memenangi perlawanan ini [berbanding Spurs].”

Emery kemudian memberikan komen beliau tentang Xhaka yang disifatkannya sudah bermain dengan sangat baik. Unai menyatakan beliau bangga dengan aksi Xhaka sepanjang 90 minit.

“Dalam 90 minit, saya bangga dengan apa yang beliau lakukan di atas padang. Ada beberapa kesilapan yang kita harus perbaiki. Lebih banyak benda positif secara kolektif dan secara individu, ini juga termasuk persembahan Xhaka.”

“Penalti itu memang antara insiden yang paling mengecewakan kami. Namun beliau [Xhaka] melaksanakan tugasannya dengan sangat baik.”

“Jika kita menang perlawanan ini, mungkin kita akan kurang berbicara tentang kesilapan.”

“Ya. kami melakukan 2 kesilapan yang membolehkan mereka menjaringkan 2 gol. Kami bercakap tentangnya di bilik persalinan dan kami belajar daripadanya untuk menghadapi separuh masa kedua.”

“Dan selepas itu, kami berterusan memasuki kawasan kotak pertahanan mereka, melakukan beberapa percubaan gol dan mendapat beberapa sepakan penjuru.”

“Malangnya, kami tidak cukup efisien untuk menjaringkan gol ke-3 yang saya rasa kami berhak dapat.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN