Aiman Afif Antara Tumpuan Utama Bagi Aksi Kedah & PDRM

Brace from Kane as Bayern celebrate 3-0 UCL win in front of the fans Loading official content
Brace from Kane as Bayern celebrate 3-0 UCL win in front of the fans
Check out the Bayern players celebrating their 3-0 win over Leverkusen in the UCL.
0 seconds of 32 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Hurzeler's speech after beating Newcastle: 'Stay Humble'
01:24
00:00
00:32
00:32
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Hurzeler's speech after beating Newcastle: 'Stay Humble' Funny own-goal gives Chivas the lead in Mexico Clasico against América Madura United's long trip to Chinese Taipei ahead of AFC Challenge League Lizbeth Ovalle scores astonishing 'inverted scorpion' goal for Tigres Women Echeverri gets a private tour of the Etihad Stadium Salah shows his class on the volley Fujino’s first WSL goal seals Man City win at Spurs Sergio Ramos’ first goal for Monterrey Lihat lebih video FC Bayern München di OneFootball

Pemain serangan sensasi Kedah Darul Aman (Kedah) iaitu Aiman Afif antara pemain tumpuan yang dijangka menyerlah pada aksi pasukan tersebut menghadapi cabaran PDRM bagi saingan separuh akhir kedua MFL Challenge Cup 2024/2025.

Terdahulu, kedua pasukan tersebut saling 3-3 pada aksi separuh akhir pertama dengan masing-masing tampil sengit untuk mengatasi antara satu sama lain di Selayang.

PDRM yang tampil serba lengkap termasuk dengan beberapa pemain import pada awalnya dijangka tidak menghadapi begitu banyak kesukaran mengatasi pasukan pelawat.

Namun, Kedah berjaya memberi persaingan sengit untuk mengimbangi kembali keputusan perlawanan dan ia menjadikan debaran untuk ke final semakin terasa.

Bagi aksi hari ini di Stadium Darul Aman (SDA), sudah tentu ia merupakan cabaran besar buat PDRM untuk meraih keputusan positif sementara Sang Kenari berada pada suatu tekanan demi memberi sesuatu terbaik buat para peminat.

Untuk aksi tersebut, Semuanya BOLA menyenaraikan tiga pemain tumpuan yang dijangka bakal memainkan peranan penting untuk pasukan masing-masing.

Aiman Afif (Kedah)

Mungkin ini musim yang cukup baik buat Aiman Afif daripada segi statistik penampilan serta gol direkodkan sepanjang menyarung jersi Kedah di pentas Liga Malaysia (Liga M).

Diberi kepercayaan lebih kerap bagi saingan Challenge Cup, Aiman setakat ini menjadi antara penjaring terbanyak kejohanan itu menerusi tiga gol diledak daripada tiga perlawanan kejohanan tersebut.

Jaringan itu juga merupakan satu jumlah yang terbesar dicatat Aiman bagi satu musim sepanjang bersama Sang Kenari dan sudah tentu momentum tersebut ingin diteruskan.

Ifedayo Olusegun (PDRM)

Musim ini sahaja menyaksikan pemain kelahiran Nigeria itu sudah mengharungi 16 perlawanan bersama 12 gol direkodkan penyerang itu untuk menjadi peledak berbisa PDRM.

Walaupun dibatasi faktor usia, beliau masih tampil berbisa dan memberi pengaruh cukup besar daripada segi kualiti penyudah buat PDRM.

Jangkaan kami, pemain kelahiran Nigeria itu akan terus menjadi pilihan utama PDRM untuk dibawa turun dalam kesebelasan utama dalam misi mendapatkan seberapa banyak gol.

Bruno Suzuki (PDRM)

Pemain kacukan Brazil-Jepun ini menjadi salah satu faktor mengapa PDRM tampil berbahaya terutama sekali untuk mengkucar kacirkan pertahanan pasukan lawan.

Bruno bukan sahaja memiliki ketajaman cukup baik, malah pemain ini tenang mengatur serangan serta bijak mengatasi lawan menerusi skil individu.

Kombinasi beliau dengan Ifedayo juga menyaksikan banyak pasukan musim ini menjadi mangsa PDRM menerusi kualiti permainan dimiliki beliau untuk memberi pengaruh besar kepada Sang Saka Biru.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN