Victor Andrag: Jatuh Bangun & Kesetiaan Bersama Kedah

Sebut sahaja nama Victor Andrag, pastinya semua peminat bola sepak di Malaysia mengenali beliau ketika era sebagai pemain dan kini dirinya aktif berjuang bersama Kedah Darul Aman (Kedah).

Kehebatan Victor pada suatu ketika tidak boleh dipertikaikan lagi ketika masih aktif selaku pemain apabila beliau merupakan kapten yang membantu Sang Kenari meraih gelaran ‘Double Treble’.

Beraksi selaku pertahanan utama Sang Kenari suatu ketika, kehebatan beliau di atas padang tidak boleh dipertikaikan dan salah satu kelebihan Victor terarah kepada sikap kepimpinan.

Bakat beliau untuk memimpin rakan sepasukan lain suatu ketika jelas terserlah dan kini ianya dicurahkan buat bakat-bakat baharu serta pemain generasi terkini Sang Kenari selaku jurulatih.

Bersama Kedah, pemegang Lesen Kejurulatihan AFC-Pro Diploma ini sebenarnya bermula dari bawah sebelum dipanggil selaku pembantu pengendali skuad utama pada tahun 2019.

Jatuh bangun beliau bersama pasukan ini jelas tidak boleh dipertikaikan kerana ia bukan pertama kali Victor menggalas tanggungjawab selaku jurulatih interim buat Kedah.

Kali kedua selaku jurulatih interim, jelas ia merupakan sebuah cabaran besar buat jurulatih tersebut kerana beliau perlu menguruskan satu pasukan dengan pelbagai masalah di luar padang.

Umum mengetahui Sang Kenari terpalit dengan isu kewangan yang membarah sejak awal musim dan kebanyakan pemain utama serta tonggak import sah meninggalkan kelab itu selain ada mengalami masalah kecederaan.

Memacu sebuah kelab yang bermasalah dengan isu tunggakan gaji bersama beberapa pemain masih ada bukan suatu perkara mudah buat Victor apabila beliau perlu menggantikan khidmat Nafuzi Zain.

Namun, beliau wajar untuk menerima pujian penuh apabila Victor masih mampu memimpin Sang Kenari untuk terus bernafas di pentas saingan Liga Malaysia (Liga M) pada musim ini.

Terbaharu, Victor memastikan Kedah tidak tercalar teruk maruah mereka walaupun pasukan itu sah tersingkir di pentas separuh akhir MFL Challenge Cup 2024/2025 kepada PDRM.

Kekalahan menerusi penentuan sepakan penalti tatkala lawan memiliki pemain serba lengkap bersama sekelompok besar tonggak import menjadikan Victor terus menjadi inspirasi tersendiri selaku calon jurulatih tempatan baharu berkualiti.

Buat peminat bola sepak Kedah, sudah tentu nama Victor akan menjadi suatu inspirasi besar kepada kalian kerana beliau pernah mengharumkan nama bola sepak Sang Kenari pada suatu ketika selaku pemain dan kini sebagai seorang jurulatih tempatan meningkat naik.

Menariknya, jika lapisan penyokong terdahulu mengangkat Victor selaku wira sebagai pemain bola sepak Kedah, inspirasi tersebut kini dilaungkan pula buat generasi baharu menerusi karier beliau dalam dunia kejurulatihan.

Jatuh bangun Victor mungkin hanya beliau sendiri yang merasai peritnya di belakang tabir, namun usaha beliau buat bola sepak Kedah sudah tentu akan terus dikenang selamanya dalam kalangan peminat.

Seperti tagline kelab tersebut, “Biar Jasa Jadi Kenangan”.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN