Aidil Sharin Akui Jika Diberikan Peluang, Beliau Mahukan Anumanthan Mohan

anumanthan-mohan-kumar-Singapura-Kedah-aidil-sharin-2021

Nampaknya, persoalan tentang siapakah pemain import terakhir Kedah Darul Aman (KDA) FC seakan-akan sudah terjawab apabila nama Anumanthan Mohan muncul.

Ia berikutan jawapan daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KDA FC, Khamal Idris Ali yang menyatakan bahawa import kouta ASEAN itu bakal diisi oleh pemain berasal daripada Singapura dan boleh bermain di posisi tengah serta pertahanan.

Nama Anumanthan Mohan kali pertama muncul apabila dikaitkan dengan Penang FC, namun pasukan yang baharu dinaikkan pangkat ke saingan Liga Super itu akhirnya telah memuktamadkan kouta tersebut dengan penyertaan pemain kacukan Indonesia-Jepun, Ryuji Utomo yang dipinjam daripada Persija Jakarta di Liga 1 Indonesia.

Kedah juga ketika itu dikaitkan dengan beberapa pemain dari sana antaranya Stefano Lilipaly, Riko Simanjuntak, Evan Dimas, Marc Klok dan Rizky Pellu. Malah, pengendali pasukan, Aidil Sharin juga mengakui sedang memantau pemain Indonesia.

Pengesahan pertama daripada Khamal Idris Ali nampaknya mengukuhkan bahawa pemain yang cuba ‘dirantai’ Hijau Kuning ketika ini adalah Anumanthan Mohan. Beliau adalah Pemain Muda Terbaik S.League 2016 dan boleh beraksi di tiga posisi iaitu posisi pertahanan (posisi nombor 4 dan 5) dan juga tengah (posisi nombor 8).

Beliau juga adalah pemain yang bersama-sama Aidil Sharin memenangi kejuaraan Piala AFC Zon ASEAN 2018. Ketika itu, Aidil Sharin membimbing Home United dan pemain yang mesra dipanggil Anu itu merupakan tonggak utama pasukan.

Menurut maklumat yang dikongsi oleh wartawan The Star, T. Avineshwaran, beberapa hari lalu, pemain yang kini berusia 26 tahun itu juga dalam pertimbangan Kedah.

Katanya di Twitternya, “Nampaknya M. Anumanthan masih adalah prospek hangat di Malaysia. Selepas dikaitkan dengan Penang FC, dia kini dipantau oleh Kedah. Ia akan menjadi ‘pergelutan antaranya dan Mark Klok untuk slot ASEAN di Kedah.”

Aidil Sharin turut dilihat mengakui kemampuan Anumanthan Mohan untuk beraksi di Liga Malaysia ketika ditemual bual oleh sebuah rancangan di Singapura, The Final Whistle. Katanya, “Jika diberikan peluang, saya mahu membawa Anumanthan.”

“Dia bukanlah pemain yang memiliki skil tertentu, tetapi dia seperti Hariss Harun yang akan memberikan 100 peratus dan bekerja keras untuk pasukan,” tambah Aidil Sharin lagi mengenai kelebihan Anumanthan yang kini beraksi bersama Hougang United.

KREDIT FEATURED IMAGE: ALCHENTRON

Baca lagi artikel mengenai Aidil Sharin dan Kedah Darul Aman FC:

Kedah Dikhabarkan Akan Kecilkan Skuad Utama Kepada 25 Pemain

Kelibat Rabih Ataya Di Alor Setar, Sah Bakal Sarung Jersi Kedah

Struktur Benteng Kedah Semakin Misteri, Dua Bek Kiri Turut Dilepaskan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN