EPL 2020/21: Gol Sterling Bantu Man City Kembali Raih Kemenangan

Sterling

Jaringan tunggal Raheem Sterling pada separuh masa pertama sudah cukup untuk menghadiahkan kemenangan buat Manchester City pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2020/21 bertemu Southampton di St. Mary’s Stadium, sebentar tadi.

Kemenangan 1-0 yang diraih amat penting buat skuad kendalian Pep Guardiola itu setelah mereka sekadar mencatatkan keputusan seri pada dua perlawanan terakhir bertemu Manchester City dan West Bromwich Albion.

Bek kiri, Joao Cancelo terlebih dahulu menguji gawang pasukan tuan rumah yang dikawal Alex McCarthy apabila beliau meledakkan rembatan padu dari luar kawasan penalti tetapi percubaan tersebut berjaya ditepis keluar penjaga gol berusia 31 tahun itu pada minit ke-13.

Pemain tengah, Rodri berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-15 tetapi beliau dikesan berada dalam keadaan ofsaid ketika situasi sepakan percuma.

Kekecewaan itu terubat berselang seminit kemudian apabila Raheem Sterling yang berada dalam kawasan penalti tidak berdepan masalah untuk menolak masuk bola hasil hantaran lintang cantik dilakukan kapten, Kevin De Bruyne bagi memisahkan kedua-dua pasukan.

Tersentak dengan jaringan itu, Southampton memperkemaskan aksi dengan melancarkan beberapa serangan berbahaya ke kubu Manchester City yang dikepalai duo pertahanan tengah, John Stones dan Ruben Dias.

Ia dibuktikan dengan percubaan Theo Walcott pada minit ke-21 yang dinafikan Ederson Moraes dan percubaan susulan daripada Oriol Romeu pula sekadar melewati palang gol.

Walcott kemudiannya melakukan hantaran cantik kepada Danny Ings di hadapan pintu gol Manchester City tetapi tandukan penyerang tersebut tersasar pada minit ke-27. Sepakan sudut James Ward-Prowse yang ditanduk Jannik Vestergaard ketika perlawanan memasuki minit ke-29  pula tepat ke dakapan Ederson.

Usaha kedua-dua pasukan pada babak kedua pula masih gagal mengubah kedudukan sekali gus menghadiahkan kemenangan keenam buat Manchester City bagi mengumpul 23 mata untuk melonjak ke tangga kelima. Manakala, Southampton menghuni tangga keempat selepas meraih 24 mata.

Kredit featured image: Adrian Dennis – Pool/Getty Images

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN