Agenda Rahsia Arsenal Untuk Kontrak Baharu David Luiz

David Luiz Arsenal kontrak

Nampaknya, Arsenal dan pengendalinya, Mikel Arteta ada sebab tersendiri mengapa menawarkan kontrak baharu buat pertahanan penuh kontroversi, David Luiz.

Pada 24 Jun lalu, pertahanan tengah berusia 33 tahun itu telah sah menyambung kontraknya untuk tempoh setahun lagi dan ianya mengundang kritikan. Ini kerana, beliau baharu sahaja menampilkan aksi terburuk ketika menentang Man City.

‘Terlalu banyak kesilapan’

Kerana persembahan buruknya ketika tewas 0-3 kepada Man City, dua lagenda Arsenal, Ray Parlour dan Martin Keown tampil bersuara meminta Arsenal untuk melepaskannya dan cuba memburu pertahanan tengah yang lebih baik.

“Jika saya Arsenal, saya tidak akan berikannya [kontrak baharu]. Pada saya, dia banyak membuat kesilapan dalam perlawanan dan tidak belajar tentangnya,” jelas Parlour kepada talkSPORT sambil mahu The Gunners untuk cuba mengubah posisinya.

“Saya mungkin akan cuba untuk memberikannya posisi pemain tengah bertahan tetapi dengan usianya kini 33 tahun, mungkin ianya sudah terlewat,” tambahnya lagi.

“Arsenal membawa masuk masalah apabila mereka sedang dalam fasa pemulihan daripada beberapa keputusan yang kurang baik tentang Alexis Sanchez dan Mesut Ozil,” terang Keown pula dan mengakui agak risau dengan kontrak baharu pemain itu.

Petit hentam, Arteta pertahan

Selain Keown yang risau mengenai tindakan bekas kelabnya itu, turut tampil menghentam Arsenal adalah bekas pemain tengah kelab itu, Emmanuel Petit yang dipetik berkata kepada Goal, “Sejujurnya, ia adalah satu jenaka [kontrak baharu].”

“Carilah pertahanan yang lebih baik. Adakah anda mahu beritahu saya yang tiada lagi pertahanan yang muda dan lebih baik di dalam pasaran? Saya langsung tidak faham,” tegasnya yang menyatakan yang David Luiz bukan lagi seperti di Chelsea dahulu.

Begitupun, Arteta memiliki sebab mengapa beliau mempertahankan keputusan untuk mengekalkan pemain itu di dalam skuadnya. “Pendapat saya [tentang Luiz] tidak pernah berubah dan ia tidak akan berubah disebabkan kesilapannya.”

Turut senada dengan Arteta adalah Pengarah Teknikal pasukan, Edu yang berkata, “David adalah pemain penting kita. Hantarannya, komunikasinya bersama rakan sepasukan dalam dan luar padang dan dia membantu semua orang.”

Peranan bawa pemain penting

Arsenal dan Arteta nampaknya memiliki perancangan lain dengan memberikan David Luiz kontrak baharu. Menurut Daily Mail, pemain asal Brazil itu perlu memainkan peranan dalam memujuk rakan senegaranya, Thiago Silva menyertai Arsenal.

Pertahanan berusia 35 tahun itu akan tamat kontraknya bersama juara Ligue 1, PSG dan Arsenal sangat berharap untuk mendapatkan Thiago Silva untuk mengukuhkan benteng pasukan musim hadapan dengan Arteta sendiri telah menghubunginya.

Namun, beliau masih belum membuat keputusan dan Arsenal terpaksa menggunakan kaedah lain iaitu menyambung kontrak David Luiz dan memintanya untuk menjadi orang tengah dalam memastikan pemain itu memilih untuk ke Emirates.

Kedua-duanya pernah bermain bersama di PSG selama dua musim iaitu antara 2014 hingga 2016 dan The Gunners yakin, David Luiz mampu meyakinkan Thiago Silva untuk beraksi di Premier League bersama Arsenal pada musim hadapan.

Penutup

Adakah David Luiz mampu menjadi orang tengah yang boleh diharapkan? Dengan hadiah kontrak baharu, beliau seharusnya melaksanakan tugasan ini dengan cemerlang tanda terima kasih kepada pengurusan Arsenal.

Thiago Silva untuk Arsenal? Bagaimana pendapat penyokong The Gunners? Pemain ini memang menanti tawaran daripada kelab-kelab di Premier League.

KREDIT FEATURED IMAGE: GETTY IMAGES

Baca lagi mengenai David Luiz dan Thiago Silva:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN