Afizal: Pemain, Pegawai Felda Utd Perlu Jujur Mengenai Tahap Kesihatan

Felda United

Felda United menyambut baik kebenaran Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam memberi kebenaran kepada semua pasukan Liga Malaysia (Liga-M) untuk menjalani latihan bermula Isnin ini dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Empat perkara yang digariskan oleh MFL adalah semua individu yang terlibat perlu menyerahkan keputusan ujian saringan pengesanan COVID-19 yang disahkan oleh doktor pasukan dan melantik seorang pegawai penyelaras untuk memantau SOP di peringkat pasukan.

Selain itu, setiap pasukan wajib memberikan nama pusat latihan yang wajib diadakan di kawasan tertutup dan tempat itu perlu didaftarkan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Justeru itu, Setiausaha Agung Felda United, Afizal Abu Othman dalam temubualnya bersama Bernama berharap semua pemain dan pegawai skuad The Fighters tidak sesekali menyembunyikan tahap kesihatan sebenar bagi mengelak sebarang risiko yang boleh memberi kesan buruk kepada keseluruhan pasukan.

“Apa yang penting, saya mahu setiap pemain dan pegawai menitikberatkan aspek kesihatan mereka dan bukan secara individu sahaja, malah orang di sekeliling mereka juga terutama ahli keluarga,”ujar Afizal.

Mengenai dua tempat latihan yang perlu disenaraikan, Afizal memaklumkan pihak tiada masalah memandangkan pasukan itu sememangnya sudah pun mempunyai dua pusat latihan di dua lokasi berbeza.

“Cadangan kami adalah pasukan akan berlatih secara bergilir di dua tempat iaitu di Institut Semarak Felda, Bangi dan di Padang Latihan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai manakala latihan akan dijalankan tiga sesi dalam satu hari.” jelasnya lagi.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada awal minggu ini telah pun memberi kebenaran untuk semua sukan berpasukan dan sukan termpur untuk memulakan latihan tanpa sentuhan badan dengan mengamalkan peraturan penjarakan sosial tiga hingga lima meter bermula Isnin ini.

Setakat hari ini, jadual Liga-M akan bersambung semula pada bulan September selepas ditangguhkan sejak pertengahan Mac lalu.

Namun MFL dilaporkan sedang cuba untuk memohon kepada KBS dan Majlis Keselamtan Negara (MKN) untuk membenarkan Liga-M bersambung lebih awal iaitu pada Ogos.

Ia adalah bagi memastikan skuad kebangsaan dapat menjalani latihan pusat sebagai persiapan untuk perlawanan pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada November dan Disember ini.

Kredit Foto: Afizal Abu Othman

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Felda United:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN