AFF Beri Azam Azmi 30 Hari Untuk Selesaikan Denda RM4000

Azam Azmi

Persatuan Bola Sepak ASEAN (AFF) memberikan masa selama 30 hari kepada pemain kebangsaan, Azam Azmi Murad untuk melangsaikan denda yang dikenakan terhadap beliau.

Pemain pertahanan Terengganu itu diberikan denda sedemikian menerupakan susulan kepada penggantungan yang diterima Azam sewaktu aksi menentang Vietnam.

Sebelum ini, Azam dilayangkan kad merah ketika menentang Vietnam selepas mengasari pemain lawan ketika bola tidak bersamanya.

Keputusan yang dilakukan penuh kontroversi itu telah menjadi titik punca kepada kekalahan Malaysia ditangan Vietnam tempoh hari.

Menurut pendedahan Zulhelmi Zainal Azam, Azam pada mulanya dikenakan penggantungan dua perlawanan bermula dengan aksi menentang Singapura malam ini.

Satu lagi perlawanan yang Azam tidak boleh diturunkan adalah aksi seterusnya melibatkan pasukan Malaysia dalam Piala AFF.

Hal ini bermakna, jika Malaysia berjaya lolos ke separuh akhir maka Azam akan terlepas aksi pertama peringkat itu.

Jika Malaysia gagal malam ini dan pulang hampa, Azam akan menjalani penggantungan perlawanan keduannya itu pada aksi pertama Piala AFF akan datang.

“Penggantungan ini akan dijalankan sebahagiannya ketika aksi Malaysia menentang Singapura. Baki penggantungan akan dijalankan mengikut aksi Persatuan Bolasepak Malaysia yang seterusnya dalam AFF mengikut Artikel 38.2.1, Kod Etika dan Disiplin AFF,” kata AFF.

Azam turut didenda dengan jumlah sebanyak $1000 (RM4000) dengan pemain itu diberikan masa selama 30 hari untuk menjelaskannya.

“Denda itu seharusnya dilunaskan dalam masa 30 hari daripada tarikh keputusan diputuskan berdasarkan Artikel 11.3 Kod Etika dan Displin AFF,” jelas AFF lagi.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN