Adakah Faisal Halim Akan Terus Jadi Sandaran Utama Serangan Harimau Malaya?

Malam ini merupakan satu lagi perlawanan getir yang perlu dilalui skuad kebangsaan dalam saingan Piala AFF 2022, selepas mereka akan bertemu Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Pada saingan ini, Malaysia perlu mengutip tiga mata penuh untuk mengesahkan kemenangan mereka, andai skuad kendalian Kim Pan-gon itu mahu layak ke separuh akhir.

Selepas mereka tewas pada perlawanan lalu di tangan Vietnam, skuad kebangsaan kini berada dalam misi yang sangat sukar untuk melayakkan diri ke separuh akhir.

Tambahan pula, Singapura juga berjaya mengikat Vietnam sebelum itu dan berjaya mendahului Malaysia dengan kelebihan satu mata untuk berada di tangga kedua.

Apa yang Malaysia perlu lakukan untuk aksi malam ini adalah untuk mencari kemenangan dan terus mengesahkan tempat mereka di peringkat separuh akhir bagi mengiringi Vietnam.

Untuk aksi malam ini, dijangka beberapa pemain utama pilihan Pan-gon bakal menyerlah dan menjadi watak penting untuk membantu skuad negara.

Faisal Halim

Penyerang lincah ini dijangka akan terus diberi peranan utama untuk beraksi pada perlawanan malam ini berdasarkan konsistensi beliau sebelum itu di posisi serangan.

Menerusi tiga jaringan yang telah diledak Faisal sebelum itu bersama skuad kebangsaan untuk saingan ini, pemain tersebut berkemungkinan besar akan dirantai oleh pertahanan lawan.

Selaku kapten, Faisal telah memainkan peranan begitu penting untuk menaikkan motivasi para pemain dan kehadiran beliau di gelanggang sendiri malam ini pastinya amat ditagih oleh para penyokong.

Sharul Nazeem

Tanpa kehadiran Khuzaimi Piee yang dilanda kecederaan serta Azam Azmi Murad digantung perlawanan, kehadiran Sharul pastinya sangat ditagih oleh Pan-gon untuk mengemudi posisi pertahanan.

Umum diketahui, penyerang Singapura iaitu Ikhsan Fandi merupakan salah seorang pemain paling digeruni dan menjadi tanggungjawab Sharul untuk mengawal bintang tersebut.

Walaupun kelibat beliau dipertikaikan oleh segelintir penyokong sebelum ini, Pan-gon jelas tetap mempercayai pemain tersebut, dan pastinya beliau akan terus menjadi benteng pertahanan utama buat pasukan negara.

Safawi Rasid

Musim yang sukar untuk pemain serangan ini dalam mengembalikan prestasi lama beliau untuk menjadi salah satu bintang harapan negara.

Namun bersama Pan-gon, segalanya tampak berbeza selepas kelibat beliau kini dilihat kembali menemui rentak positif serta banyak penglibatan Safawi buat serangan negara.

Kelebihan Safawi dari segi membuat umpanan berbahaya serta pakar sepakan percuma dijangka akan terus dipertaruhkan Pan-gon untuk bersama-sama Faisal di posisi serangan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN