Sabah Bakal Tandatangani Khidmat Bekas Penyerang Real Madrid?

Selepas tampil dengan cemerlang dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M), Sabah dikhabarkan bakal menandatangani khidmat penyerang import baharu mereka yang dikhabarkan mempunyai reputasi sangat cemerlang sebelum itu di Eropah.

Sabah kini menjadi antara pasukan yang giat mempersiapkan barisan pemain mereka menerusi beberapa muka baharu sudah pun sah menyertai kelab tersebut musim hadapan.

Terbaharu, kelab tersebut dikhabarkan bakal menandatangani bekas penyerang Real Madrid dan Paris Saint-Germain (PSG) iaitu Jese Rodriguez untuk memperkukuhka jentera hadapan mereka.

Perkara itu dilaporkan sendiri menerusi wartawan sukan luar negara iaitu Fuad Alakbarov di Twitter, apabila beliau memaklumkan Sabah semakin hampir untuk menandatangani khidmat pemain tersebut.

“Sabah semakin hampir untuk menandatangani khidmat bekas penyerang Real Madrid dan Paris Saint-Germain (PSG, Jese.

“Pihak masing-masing sudah pun bersetuju mengenai perkara tersebut, dan kita akan mendengar perkhabaran rasmi beberapa jam seterusnya,” jelas Fuad.

Namun selepas diselidiki, Sabah yang dimaksudkan Fuad merupakan salah satu kelab yang kini bertanding di Azerbaijan dan sudah pun dibuktikan lebih awal pada Twitter beliau ketika menyatakan,” berita perpindahan besar dari Azerbaijan.

Untuk pengetahuan, Sabah merupakan salah satu kelab berpengaruh yang kini beraksi dalam saingan divisyen teratas negara tersebut iaitu Azerbaijan Premier League.

Pasukan tersebut juga ketika ini dibarisi oleh beberapa pemain bintang seperti pertahanan senior skuad kebangsaan Senegal iaitu Abdoulaye Ba serta penyerang Georgia, Davit Volkovi.

Jese boleh dianggap sebagai salah seorang penyerang yang sangat bagus ketika prestasi beliau memuncak dengan turut pernah mewakili beberapa lagi kelab besar seperti Stoke City, Real Betis, Sporting CP, serta lain-lain.

Untuk menyertai saingan Liga-M, rasanya ia merupakan suatu perkara mustahil ketika ini buat Jese, selepas beliau masih lagi aktif di saingan peringkat tertinggi.

Kelab terakhir diwakili Jese ketika ini ialah Ankaragucu yang beraksi di Turki untuk saingan Super Lig dan berada di kedudukan ke-13 carta liga.

Menerusi 16 penampilan Jese bersama kelab tersebut, beliau telah pun meledak lima gol secara keseluruhan dan telah menyumbang dua bantuan jaringan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN