AFF B-22: Danish Haziq Dan Thivandaran Sertai Kem Latihan Pusat Skuad Negara

Setelah kehilangan 5 pemain yang tidak mendapat pelepasan daripada majikan masing-masing, pemain pertahanan N. Sembilan, Danish Haziq dan sayap PJ City FC, K. Thivandaran  telah dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat skuad bawah 22 tahun negara (B-22) bagi menghadapi kejohanan AFF minggu depan.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu kini mempunyai 23 pemain termasuk 5 pemain Kelantan Nik Akif Syahiran Nik Mat, Danial Haqim Draman, Shahrul Nizam Ros Hasni, Nik Azli Nik Alias dan penjaga gol, Damien Lim.

Turut menjalani latihan selepas tiba lewat petang semalam ialah penjaga gol FELDA United, Azri Ab Ghani dan pertahanan Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Hariz Kamarudin.

Sesi latihan skuad bawah 22 tahun negara semalam. FOTO: FAM

Mereka akan terus berlatih di Bukit Jalil sehingga hari Khamis ini sebelum berlepas ke Phnom Penh, Kemboja pada hari Jumaat (15 Februari).

Skuad negara diundi dalam kumpulan B dan dijadualkan bertemu Kemboja (18 Februari), Indonesia (20 Februari) dan Myanmar (22 Februari) yang hanya dihuni oleh 4 negara.

Hal ini kerana Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) mengumumkan penarikan diri Singapura dan Brunei daripada kejohanan yang kali pertama dianjurkan itu. Tanpa menyatakan sebarang sebab mengenai penarikan diri dua pasukan itu, Kejohanan AFF B-22 hanya akan disertai sembilan negara.

Salah seorang pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat kali ini ialah penyerang kelab divisyen dua Jepun, Fagiano Okayama iaitu Hadi Fayyadh.

Hadi bersyukur kerana kelabnya lebih bersikap terbuka untuk membenarkan beliau menyertai skuad negara walaupun saingan Liga Jepun akan membuka tirai pada 24 Februari ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN