Quantcast

BERITA

Frank Lampard Jawab Spekulasi Ganti Sarri Di Stamford Bridge

Nasib Maurizio Sarri jelas bak seperti ‘telur dihujung tanduk’. Chelsea kini jatuh ke tangga ke-6 liga dengan mengumpul 50 mata selepas 26 perlawanan.

Kekalahan memalukan 6-0 keatas Manchester City baru-baru ini telah membuatkan kedudukan Sarri sebagai pengurus di Stamford Bridge mulai menjadi pertanyaan.

Spekulasi mulai timbul

Spekulasi mula timbul mengenai pengurus dari Itali itu akan ditunjukkan jalan keluar dari Stamford Bridge. Apatah lagi sebelum ini Sarri dilihat secara lantang mengkritik pemainnya di hadapan media.

Antara yang menjadi sebutan bakal menggantikan Sarri sekiranya beliau dipecat oleh pengurusan Chelsea ialah bekas pemain tengah The Blues, Frank Lampard.

Respon Lampard

Lampard memberikan respon mengenai hal tersebut selepas ditanya wartawan.

Beliau berkata, “Pastinya Chelsea adalah kelab yang saya hormati, dan Sarri juga adalah jurulatih yang saya hormati.”

“Jadi, hal ini tidak akan membuat saya tersenyum atau sebagainya, kerana tugas saya di sini [Derby County] perlu diutamakan terlebih dahulu. Saya juga sedang bekerja sangat keras di sini” jawab Lampard.

Fokus pada Derby County

Lampard yang kini berusia 40 tahun sedang membimbing pasukan Derby County dalam saingan Championship.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai status pengurus di Chelsea kerana inginĀ memberi tumpuan sepenuhnya untuk pasukan kendalian beliau menjelang pertemuan menentang Ipswich Town, Khamis ini.

Lampard hanya mendoakan agar bekas kelabnya itu kembali semula memperbaiki prestasi pasukan.

“Seluruh pemikiran saya ketika ini adalah mengenai aksi menentang Ipswich Town dan kunjungan ke Brighton untuk perlawanan Piala FA pada hujung minggu nanti,” jelasnya.

“Saya mengikuti perkembangan Chelsea, juga mempunyai rasa hormat yang cukup besar terhadap mereka dan saya berharap dapat melihat pasukan itu kembali menemukan prestasi terbaik, sekaligus mengubah situasi yang sedang berlaku” ujar Lampard.

 

 

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!