Quantcast

BERITA

Scholes Jangkakan Mourinho Hanya Tunggu Masa Untuk Kritik Beliau Sebagai Pengurus Oldham

Paul Scholes menjangkakan Jose Mourinho akan mengikuti rapat perkembangan beliau sebagai pengurus baharu Oldham – namun percaya bekas pengendali Manchester United itu tidak akan menyaksikan perlawanan membabitkan Oldham.

Scholes melepaskan tugasan sebagai pundit sukan bola sepak, dan menandatangani kontrak selama 18 bulan untuk bergelar pengurus baru The Latics. Bekas pemain tengah Manchester United itu adalah antara yang paling lantang mengkritik Mourinho, ketika bekerja sebagai pundit.

Paul Scholes gives his first press conference after taking over as Oldham Athletic manager at Boundary Park, Oldham on Monday 11th February 2019. (Photo by MI News/NurPhoto via Getty Images)

Penyokong The Latics

Scholes adalah penyokong Oldham Athletic sejak dari zaman kanak-kanak dan pasukan itu kini beraksi di League Two. Walaupun terbuka untuk menerima sebarang bentuk kritikan, pemain yang beraksi ketika era Sir Alex Ferguson ketika bersama United itu berkata, beliau tidak akan membenarkan kritikan mengganggu kerja beliau.

Mengenai Mourinho, Scholes berkata,”Saya rasa beliau akan menunggu keputusan perlawanan. Saya tidak pasti sama ada beliau akan menonton perlawanan.

“Perkara ini sedikit sebanyak membuatkan saya berfikir. Saya mahu memulakan karier di dalam bidang pengurusan. Namun pada masa yang sama saya membenarkan diri saya terbuka untuk kritikan.

“Saya agak kritikal sebelum ini. Saya tidak fikir akan ramai pundit menyaksikan perlawanan yang akan saya kendalikan, namun jika kami tewas, saya percaya mereka akan muncul. Sudah tentu mereka boleh berkata apa saja,” ujar Scholes.

“Saya tidak faham mengapa ada pemain dan pengurus mengambil sangat serius apa yang diperkatakan oleh pundit. Mereka hanya memberi pendapat tentang perlawanan, dan dibayar untuk berbuat demikian.

“Jika ada yang sekadar mahu menyindir atau mengkritik tanpa asas, maka saya tidak akan ambil peduli. Saya hanya perlu memberikan jawapan kepada pemilik kelab.”

Punyai sokongan yang diperlukan

Namun satu perkara yang mungkin tidak perlu dirisaukan oleh Scholes ialah sokongan yang bakal beliau perolehi dari rakan, dan bekas pasukan. Mempunyai hubungan baik dengan bekas majikannya itu, Scholes berkata beliau akan menggunakan kelebihan itu untuk bekerjasama dengan bekas kelabnya itu.

MANCHESTER, ENGLAND – MAY 12: Manager Sir Alex Ferguson of Manchester United celebrates with Paul Scholes after the Barclays Premier League match between Manchester United and Swansea City at Old Trafford on May 12, 2013 in Manchester, England. (Photo by Matthew Peters/Man Utd via Getty Images)

Pengurus berusia 44 tahun itu juga berkata beliau pasti akan mendapatkan khidmat nasihat daripada Sir Alex Ferguson untuk peranan baru beliau di dalam bola sepak.

“Ya, saya bercakap dengan semua pihak, begitu Sir Alex yang turut telah saya hubungi melalui panggilan telefon. Beliau mahukan saya cemerlang dengan tugasan baru dan turut memesan untuk menghubungi beliau sekiranya memerlukan bantuan. Sudah tentu saya akan berbuat demikian.”

 

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!