Malaysia menang 3-0 ke atas Myanmar dalam perlawanan terakhir kumpulan A yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil semalam.
1. Malaysia ke separuh akhir
Malaysia berjaya melayakkan diri ke separuh akhir Piala AFF 2018. Myanmar hanya memerlukan seri untuk mara, namun Harimau Malaya ternyata dalam prestasi terbaik.
Ini adalah kali ke-9 Malaysia mara ke separuh akhir Piala AFF. Daripada 9 separuh akhir, Malaysia mara ke 3 edisi final.
2. Norshahrul terus meledak
Siapa sangka penyerang veteran ini menjadi penjaring penting untuk Malaysia dalam edisi kali ini. Norshahrul sudah menjaringkan 4 gol setakat ini dalam Piala AFF 2018.
Beliau kini dibezakan dengan 3 gol di belakang Adisak Kraisorn yang masih mendahului senarai penjaring. Sementara itu kapten Malaysia, Zaquan Adha sudah menjaringkan 3 gol.
Zaquan menjaringkan 2 gol dalam perlawanan ini dan salah satu daripadanya adalah gol yang beliau sendiri tak sedar – bahawa itu adalah gol daripada beliau.
3. Prestasi Sumareh
Mohamadou Sumareh telah menjadi nadi penting skuad Malaysia dalam perlawanan ini. Beliau mencetuskan ancaman dengan sepakan gunting yang terkena palang – kemudiannya disambar oleh Norshahrul.
Sumareh menjadi pemain yang paling aktif mencipta peluang ke dalam kawasan bahaya. Setakat ini, beliau berjaya menikmati debut dalam Piala AFF yang baik.
4. Improvisasi Malaysia
Dari segi kestabilan pasukan dan kreativiti, Malaysia jauh lebih baik dalam perlawanan ini. Namun malangnya beberapa peluang keemasan tidak disempurnakan untuk menambah lagi gol.
Seterusnya, Akram Mahinan dan Syamer Kutty lebih baik dalam posisi mereka ketika fasa transisi. Sebelum ini 2 pemain ini terlalu statik dan kerap berada di zon yang sama ketika fasa serangan.
Kemasukan pemain seperti Shahrel Fikri dan Akhyar Rashid juga memberikan impak pada akhir perlawanan.
5. Perlu diperbaiki
Malaysia agak rapuh dalam mengekang serangan balas dengan segera. Di sebelah kiri, beberapa kali Malaysia didedahkan dengan ancaman bahaya.
Kredit kepada pemain seperti Shahrul Saad dan Farizal Marlias yang cemerlang menafikan beberapa ancaman terus ke arah gol oleh Myanmar.
Seterusnya, pasukan Malaysia jelas bermasalah dengan duel fizikal dalam perlawanan ini. Diharap aspek ini diperbaiki kerana kualiti lawwan kita lebih ini pastinya lebih baik.
Tahniah kepada Harimau Malaya, semoga kita mara lebih jauh selepas ini.