SCL2018: Ismail Mamat Bantu NPNG Damansara Damai Tumbangkan MPKj The Lions 3-0

NPNG Damansara Damai menepati status pilihan mereka apabila mudah menumbangkan cabaran MPKj The Lions 3-0 dalam aksi suku akhir Selangor Champions League 2018 di Stadium MPSJ malam semalam.

NPNG yang turun dengan label pasukan pilihan jelas pasukan yang lebih dominan sebaik perlawanan dimulakan. Pertahanan MPKj bergelut untuk menangani kelajuan dua pemain sayap NPNG, Haiqal Johari dan Ismail mamat, fizikal tinggi penyerang utama, Ridhwan Johari serta kreativiti Lukhman Noor di tengah.

Satu-satunya faktor MPKj mampu bertahan dan menghalang NPNG menjaringkan gol pertama adalah kecemerlangan pasangan pertahanan tengah mereka, Chibozor Paul dan Isshahfudin Nordin. Kedua-dua pemain ini kerap kali mematahkan hantaran berbahaya Lukhman Noor dan hantaran-hantaran lintang Haiqal Johari untuk menyukarkan kerja Ridhwan Johari menjaringkan gol.

Dalam banyak-banyak siri serangan NPNG, hanya serangan pada minit ke-16 yang benar-benar menemui Ridhwan Johari. Berpunca daripada hantaran lintang kanan Haiqal Johari, Ridhwan berjaya menanduk melepasi kawalan Isshahfudin. Bagaimanapun tandukan Ridhwan tersasar beberapa inci sahaja dari tiang kanan.

MPKj hanya ada satu percubaan sahaja yang menguji NPNG menerusi rembatan jarak jauh Fitri Zaidi pada minit 35′. Selain daripada itu, segalanya terlalu selesa buat pertahanan NPNG yang dikemudi cemerlang oleh Dashila Tajudin.

Selepas bertubi-tubi menguji kubu pertahanan MPKj, NPNG akhirnya berjaya juga menjaringkan gol pada minit 40′. Berpunca daripada hantaran mengelirukan daripada Ismail Mamat, Haiqal Johari kemudiannya memupunyai ruang besar untuk tenang menjaringkan gol pembukaan perlawanan.

Pemain sayap NPNG Damansara Damai, Haiqal Johari (paling kanan) merupakan duri dalam daging bagi pertahanan MPKj The Lions semasa aksi suku akhir Selangor Champions League 2018 di Stadium MPSJ. (Foto: Rushdi Salleh / asiana.my)

3 minit kemudian, Ismail Mamat bertukar status dari penyumbang kepada penjaring. Segalanya berpunca daripada kegagalan penjaga gol MPKj, Nik Muhammad Sufian yang gagal menangkap kemas hantaran lintang kanan untuk memberi ruang kepada Ismail menjaringkan gol kedua pasukannya.

Ketinggalan 0-2, MPKj cuba bangkit menyerang NPNG. Watak utama babak-babak serangan mereka adalah penyerang sayap berusia 18 tahun, Afif Mazlan. Kelajuan Afif beberapa kali menguji keteguhan Wan Mohd Hamizi. Tetapi tanpa sokongan daripada rakan-rakan sepasukannya yang lain, Afif gagal memecah kebuntuan MPKj di hadapan gol.

Sebaliknya NPNG yang bertahan pada majoriti separuh masa kedua yang menambah gol ketiga mereka lewat permainan. Pada minit 85′, sepakan penjuru Raffi Mansor berjaya menemui pemain gantian, Syafiq Johari yang mudah menampan masuk melepasi kawalan mana-mana pemain MPKj.

Kedudukan 3-0 kekal sehingga tamat perlawanan. Dengan kemenangan ini, NPNG Damansara Damai mara ke separuh akhir untuk bertemu Puchong Fuerza.

Pemain terbaik perlawanan: Ismail Mamat (NPNG Damansara Damai)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN