AFF 2018: Jurulatih Myanmar Akhirnya Akui Ekor Harimau Malaya Memang Menggerunkan

Nama jurulatih Myanmar, Antoine Hey antara yang meniti bibir peminat yang mengikuti Piala AFF 2018.

Hal ini kerana mulutnya yang agar celupar. Beberapa hari lalu, jurulatih Vietnam Park Hang Seo membidas Antoine Hey kerana memberikan kenyataan biadap di media sosial peribadinya.

https://twitter.com/HeyAntoine/status/1065186500948635649

Park Hang Seo kecewa kerana Antoine Hey menuduhnya tiada semangat kesukanan kerana tidak mahu berjabat tangan dengan beliau selepas tamat perlawanan. Park Hang Seo menjelaskan: “Saya tahu apa yang jurulatih Myanmar nyatakan di media sosial. Saya berterima kasih atas nasihat beliau.”

“Namun sebelum anda mengkritik dan menasihatkan orang lain, anda harus melihat diri sendiri dahulu. Hari itu dalam perlawanan antara Vietnam dan Myanmar, Cong Phuong membentes pemain pasukan tuan rumah. Dan beliau berkata sesuatu kepada Cong Phuong, bagi saya tindakan beliau tidak betul.”

“Saya memberitahu beliau agar bercakap dengan saya bukannya pergi ke arah pemain. Beliau tidak mengendahkannya dan terus menyerang Phuong. Sebab itu saya tak mahu berjabat tangan dengan beliau selepas wisel penamat.”

“Ini kali terakhir saya nak cakap pasal perkara ini, dan saya nak ingatkan – sebelum anda menasihatkan orang lain, cermin diri sendiri dahulu. Saya harap esok saya akan dapat bentangkan sedikit beberapa perkara asas tentang bola sepak terutama sekali berkaitan dengan tempat duduk pemain simpanan.”

Selepas itu dalam sidang media sebelum perlawanan menentang Malaysia, beliau memberitahu pasukannya tak akan gentar dengan penyokong Malaysia yang dijangka akan membanjiri Stadium Bukit Jalil. Ini kerana menurut Hey, penyokong bukannya boleh buat apa-apa kerana mereka tidak boleh mendekati padang sekalipun.

Hey juga menyifatkan Malaysia pasukan yang akan bermasalah kerana rehat yang panjang sedangkan Myanmar berada dalam momentum terbaik selepas perlawanan menentang Vietnam.

“Kami ada momentum yang baik selepas menentang Vietnam sedangkan Malaysia akan laparkan momentum kerana rehat seminggu. Saya gilirkan pemain dan cuba memastikan setiap orang tersedia untuk beraksi dalam perlawanan ini. Kami rehatkan 5 pemain penting menentang Vietnam. Jadi, kami ada skuad yang sepenuhnya menentang Malaysia.”

Hey meminta agar penyokong Malaysia datang lebih ramai, kerana pasukan beliau lebih sukakannya. Dipetik daripada Foxsport Asia, Hey berkata:

“Kami mahu stadium dipenuhi dengan penyokong seramai mungkin. Lebih ramai, lebih bagus. Kami tak takut dengan penyokong yang ramai. Mereka bukannya boleh mendekati padang pun. Di atas padang ia adalah 11 menentang 11 dan itu yang paling penting.”

Ternyata dalam perlawanan sebenar penyokong Malaysia yang digelar ekor Harimau Malaya telah memberikan pengalaman berbeza kepada Myanmar. Walaupun penyokong tak boleh masuk ataupun mendekati padang sekalipun, sorakan penyokong tetap menjadi tonik penting kepada mana-mana pasukan.

Malaysia menang 3-0 ke atas Myanmar, hasil 2 jaringan Zaquan Adha dan 1 lagi menerusi Norshahrul Idlan Talaha.

Bercakap kepada media rasmi Piala AFF Suzuki 2018, Antoine Hey mengakui aura daripada penyokong Malaysia membuatkan mereka sedikit gementar. Beliau berkata: “Ya, ini bukanlah perlawanan terbaik kami. Kami tahu, perlawanan terakhir di tempat lawan pastinya sukar.”

“Saya rasa, pada 10-15 minit pertama kami memiliki beberapa peluang yang baik daripada serangan balas, namun kami tidak melaksanakannya dengan baik. Itu perkara yang kami perlu perbaiki lagi di masa akan datang.”

“Dan selepas 1-0, sorakan penyokong [Malaysia] mulai kuat – ketika itu kami [bergelut untuk] cuba untuk mengawal keadaan. Kemudian, kami ada peluang menyamakan kedudukan tetapi kami persiakannya. Penalti sebelum rehat [oleh Malaysia] adalah gol yang menentukan perlawanan malam ini.”

Antoine Hey menganggap para pemainnya belajar banyak perkara daripada temasya kali ini. Myanmar rata-rata dibarisi oleh pemain muda. Hey berkata, selepas ini beliau akan membuat analisis tentang perkara baik dan yang perkara yang perlu diperbaiki oleh Myanmar.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN