AFCON 2019: Tuah Penentuan Sepakan Penalti Bawa Algeria Ke Separuh Akhir

Algeria

Bekas juara Piala Negara-Negara Afrika (AFCON), Algeria yang diketuai Riyad Mahrez terpaksa berhempas pulas untuk menempah tiket ke separuh akhir apabila berjaya menundukkan pasukan pilihan, Ivory Coast menerusi penentuan sepakan penalti selepas aksi 120 permainan terikat 1-1.

Penonton yang membanjiri Suez Stadium, Mesir telah dihidangkan dengan corak permainan menarik setelah kedua-dua pasukan ghairah berbalas serangan.

Jaringan yang dinantikan menjelma pada minit ke-20 apabila pemain Algeria, Sofiane Feghouli menyumbat gol pembukaan perlawanan.

Feghouli bijak mencari ruang dalam kawasan penalti bagi menyambar hantaran lintang dari sebelah kanan pintu gol Ivory Coast yang dilakukan Ramy Bensebaini.

Kedudukan itu kekal hingga tamat babak pertama dan Algeria hampir menambah jaringan kedua sebaik sahaja aksi kembali bersambung.

Sepakan penalti yang dihadiahkan pada minit ke-48 akibat kekasaran penjaga gol, Sylvain Gbohouo terhadap Baghdad Bounedjah itu bagaimanapun gagal disempurnakan oleh penyerang Algeria tersebut.

Walaupun sepakan Bounedjah sudah berjaya mengelirukan Gbohouo tetapi bola terkena palang gol sekaligus melayang keluar dari kawasan permainan.

Kedudukan kembali terikat pada minit ke-62 selepas rembatan kaki kiri leret diledakkan Jonathan Kodjia membolosi kawalan penjaga gol Algeria, Rais M’Bolhi.

Selepas itu tiada jaringan yang dapat dihasilkan kedua-dua pasukan walaupun bermain hingga ke masa tambahan 30 minit memaksa pemenang terpaksa ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti.

Kegagalan Geoffroy Serey Die menyempurnakan sepakan terakhir pada kedudukan 3-4 nyata mengecewakan Ivory Coast untuk membawa Algeria ke peringkat separuh akhir.

Menanti Algeria yang dibimbing Djamel Belmadi di peringkat empat terakhir ialah Nigeria pada 14 Julai nanti.

Kredit foto: Samuel Shivambu/BackpagePix & Total Africa Cup of Nations

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN