Quantcast

BERITA

Arsenal Kecewa Koscielny Enggan Naik Penerbangan Untuk Pra Musim AS

Arsenal mengeluarkan kenyataan rasmi – menyatakan mereka kecewa dengan sikap tidak profesional ketua pasukan – Laurent Koscielny.

Laurent Koscielny enggan menyertai pasukan Arsenal dalam jelajah pra musim di Amerika Syarikat (AS).

Arsenal menerusi kenyataan mereka berkata: “Laurent Koscielny telah menolak untuk menyertai pasukan dalam jelajah pra musim di Amerika Syarikat.

Kami sangat kecewa dengan melakukan Laurent terang terangan bertentangan dengan arahan kelab.”

“Kami berharap akan menyelesaikan perkara ini dan tidak akan memberikan sebarang komen lagi buat masa ini.”

Berdasarkan komen daripada David Ornstein, beliau menyatakan Laurent Koscielny musim ada bercakap dengan kelab dan segalanya positif.

Kemudian, selepas cuti beliau ada meminta untuk dilepaskan oleh kelab. Namun ianya tidak direstui dan membuatkan beliau enggan menaiki pesawat yang menerbangkan para pemain Arsenal untuk pra musim.

Laporan yang sama daripada media Perancis yang menyatakan Koscielny meminta penamatan kontrak daripada kelab tetapi Arsenal enggan melayannya.