AFC: Sabah Miliki Peluang Besar Untuk ‘Robek’ Maruah Hougang

Sabah bakal mengharungi aksi kelima mereka pada petang ini untuk saingan AFC peringkat Kumpulan H dengan pertemuan seterusnya membabitkan pasukan tersebut menentang cabaran Hougang United di Stadium Jalan Besar.

Beraksi di gelanggang lawan, Hougang dilihat memiliki kelebihan tersendiri daripada segi sokongan moral bakal diberikan oleh penyokong mereka sepanjang aksi berlangsung.

Namun begitu, cabaran Sabah juga tidak boleh dipandang ringan selepas mereka turut membawa momentum tersendiri sejak beberapa perlawanan lalu.

Malah skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee ini juga kini tampil dengan serba menyakinkan daripada segi prestasi para pemain utama mereka terutama di posisi serangan untuk mencipta kejayaan berdepan Hougang.

Pemain import seperti Miguel Cifuentes, Ramon Machado, serta Saddil Ramdani antara yang kini semakin mencuri tumpuan selepas impak diberikan mereka bersama pasukan tersebut untuk membantu aspek serangan.

Selain itu, Saddil Ramdani sendiri juga kini tampil begitu menyakinkan selepas beliau membawa momentum positif selepas selesai tugasan bersama skuad kebangsaannya, Indonesia.

Bintang tempatan seperti Darren Lok, Stuart Wilkin, serta Jafri Firdaus Chew sendiri kini hadir dengan prestasi memberansangkan dan bebas daripada isu kecederaan untuk dibawa turun.

Daripada 3 perlawanan lalu, Sabah berjaya mencipta kemenangan bersama jumlah jaringan cukup besar untuk membuktikan mereka kini sangat tajam di posisi serangan.

Sabah berjaya mencipta 15 jaringan dengan hanya memerlukan tiga perlawanan sahaja untuk menyatakan ketajaman mereka kini selain hanya dibolosi satu gol.

Jafri Chew hadir selaku pemain yang telah pun menjaringkan tiga gol daripada tiga perlawanan terakhir tersebut dan berkemungkinan bakal digunakan Kim Swee untuk berdepan wakil dari Singapura itu.

Berbanding Sabah, pasukan lawan iaitu Hougang pula gagal untuk mencatat sebarang kemenangan selepas mengharungi tiga perlawanan terakhir mereka.

Aksi terakhir mereka bertemu Lion City Sailors menyaksikan pasukan tersebut hanya mampu mencatat keputusan seri 1-1 sahaja bersama aksi kurang menyakinkan.

Rekod pertama kedua pasukan tersebut menyaksikan ianya berpihak kepada Sabah menerusi kemenangan 3-1 di Likas pada 21 September lalu.

Sudah tentu kemenangan kedua menjadi sasaran Sabah untuk aksi hari ini dengan momentum mereka sedang berada dalam keadaan terbaik untuk merobek gawang Hougang United.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN