Di Sebalik Kejayaan AFC Bournemouth (Bahagian 1), Peminat Menubuhkan ‘Trust Fund’ Bantu Kelab

Kisah kejayaan luar biasa kelab AFC Bornemouth layak ke EPL satu ketika dahulu bolehlah di ibaratkan sebagai sebahagian dari kisah dongeng – penuh dengan pergelutan dari episod kelab yang hampir muflis kepada kaya membuatkan  ia lebih menarik dari filem blockbuster di layar perak.

Masakan tidak, bermula dari kelab yang sudah tiada apa-apa, mereka bangkit untuk memetrai kontrak bernilai £100 juta selepas berjaya mara ke EPL untuk saingan musim 2015/16.

Sejujurnya, tiada kata-kata yang mampu mengungkapkan pengalaman pahit manis yang dilalui oleh pemain dan peminat kelab dalam dua dekad yang lalu.

bor4

Kejayaan mereka layak ke Liga Perdana Inggeris pada musim 2015/16 nyata mengejutkan kerana kelab yang diberi gelaran “The Cherries” ini sudah beberapa kali hampir dibubarkan pada suatu masa lalu ekoran masalah hutang.

Masalah keewangan pasukan The Cherries mula dirasakan kira-kira 18 tahun yang lalu.

Matt Holland, yang merupakan ketua pasukan pada ketika itu berkata :

bor6

“Semua pemain tahu bahawa ada sesuatu yang mencurigakan sedang berlaku di kelab kerana gaji kami sering kali dibayar lambat. Selalunya, kelab akan menunggu perlawanan di tempat sendiri (home match) untuk mendapatkan duit dari jualan tiket untuk membayar gaji kami”

“Namun, pada satu hari Jumaat sebelum kami menentang Bristol City, orang yang ditugaskan membayar gaji kami memberitahu pemain yang ia terserah kepada kami untuk bermain atau tidak pada keesokan harinya kerana gaji belum dibayar. Kami juga diberi peluang untuk berpindah ke kelab lain secara percuma jika mahu”.

Saat itu kami tahu, kelab sudah kehabisan wang dan mungkin akan dibubarkan kelak.

“Kami mengadakan mesyurat kecil di antara pemain dan setiap permain berkata tidak, mereka mahu terus bermain untuk kelab”.

“Kami berkunjung ke tempat Bristol City yang berada hampir di takhta liga pada masa itu dan kami berjaya menang 1-0. Ia membuktikan yang pasukan kami mempunyai semangat yang tinggi dan kesepakatan dalam pasukan. Itu yang paling saya ingati”.

Tabung khas daripada penyokong

Beberapa hari kemudian, Matt menghadiri perjumpaan khas antara kelab dengan lebih kurang 3,000 orang penyokong mereka di dewan konsert Winter Gardens untuk meminta sumbangan derma dari mereka.

Ya, kerana terdesak AFC Bournemouth terpaksa meminta derma dari penyokong mereka untuk menyelamatkan kelab !

bor3

“Seingat saya, saya berkata kepada mereka yang persefahaman antara pemain dalam bilik persalinan amat teguh, dan kami sangat menghargai segala sokongan yang diberikan. Kami akan berusaha untuk beraksi seperti sedia kala.”

“Ia memang menakutkan. Terdapat lebih kurang 3,000 orang didalam dewan tersebut dan anda cuba menyampaikan mesej anda kepada mereka. Saya masih muda ketika itu dan walaupun hanya sekejap, ia memang pengalaman yang menggerunkan bagi saya”.

Para peminat AFC Bornemouth telah berkumpul di sekitar Winter Garden pada hari itu dan sejumlah £35,000 telah berjaya dikumpulkan dalam usaha peminat untuk menyelamatkan kelab.

bor

Mesyuarat itu juga menjadi platform kepada sekumpulan kecil peminat yang bertindak menubuhkan skim dana amanah (trust fund) dengan harapan untuk membeli kelab tersebut.

Antara yang paling lantang di antara mereka adalah Trevor Watkins. Menurut Watkins, “Sebenarnya ramai yang mahukan ia (trust fund) ditubuhkan, namun hanya sekumpulan kecil peminat saja yang berani menganjurkannya”.

“Saya hanyalah seorang peminat yang cuba melakukan sesuatu untuk membantu kelabnya, seterusnya saya menjadi watak utama dalam penganjuran mesyurat luar biasa yang menetukan hidup mati kelab ini. Mesyuarat sesama peminat yang kami adakan ini turut mendapat perhatian dari orang yang berpengaruh dalam kelab”.

“Kami pun sebenarnya tak tahu adakah ia mustahil atau tidak kerana ia tidak pernah dibuat orang sebelum ini. Namun, saya berada di sana ketika perjumpaan tersebut dilakukan, dan trust fund tersebut baru sahaja ditubuhkan dua jam sebelum perjumpaan tersebut.”

“Melihat begitu ramai orang beratur untuk menyertai trust fund ini dan menilai dari percakapan mereka, kami merasakan ia adalah aura positif dari semua orang yang kita ada sesuatu yang berhak diselamatkan. Ia umpama ombak besar perasaan dan sokongan”.

Akhirnya, trust fund yang dilancarkan tersebut telah berjaya membeli kelab. Namun tak lama kemudian, kelab yang berpengkalan di selatan England ini sekali lagi dipalit masalah hutang.

Walau bagaimanapun, usaha awal peminat-peminat tersebut sebenarnya membuahkan hasil apabila AFC Bournemouth berjaya membuat penampilan sulung mereka di Wembley, menentang Grimbsby dalam pentas akhir Trofi Auto Windshield pada tahun 1998. Dalam perlawanan tersebut, mereka tewas tipis 2-1.

bor2

Apa yang lebih penting, setahun lalu peminat-peminat ini telah memberikan wang mereka ke dalam tabung derma untuk menyelamatkan kelab.

Kali ini, mereka berjalan masuk ke Wembley dengan megah sambil melihat pemain-pemain yang pernah diberi peluang untuk keluar dari kelab secara percuma suatu masa dahulu kini bakal beraksi di venue bola sepak tersohor di dunia.

Sakali lagi, mereka dilanda ombak emosi yang besar, namun kali ini ia amat berbeza dari yang dulu. Ia bagaikan satu kepuasan kerana menjadi sebahagian dari usaha kecil yang membuahkan hasil yang sangat besar.

Mereka kemudian beraksi di EPL dan menikmati gelombang revolusi penyiaran yang menjana keuntungan sangat besar selepas itu.

Tamat bahagian satu. Baca bahagian dua di sini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN