Analisis Taktikal: Selangor 1-2 Perak

Selangor kecundang buat kali pertama di Shah Alam dalam saingan Liga Super musim ini selepas tewas 1-2 kepada Perak dalam perlawanan yang sengit semalam. Ini adalah kekalahan kedua Selangor selepas rentetan kemenangan 5 kali berturut-turut mereka ditamatkan oleh Kelantan pada minggu lepas.

Perak pula mengekalkan rekod cemerlang mereka di luar Ipoh dengan kemenangan semalam (menang 3 daripada 3 perlawanan away). Meskipun terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas penjaring gol kemenangan mereka dibuang padang, Perak berjaya mengekang asakan Selangor untuk membuka luas saingan kejuaraan liga.

Kesebelasan utama Selangor

Mehmet Durakovic membuat 3 pertukaran di bahagian pertahanan yang tewas 1-2 kepada Kelantan minggu lepas. Hamsani Ahmad mengambil alih tempat Ahmad Syamim. Kapten Selangor, Shahrom Kalam pula menggantikan Rizal Fahmi manakala Azmi Muslim kembali mengisi posisi bek kiri, menggantikan Mohd Raimi.

Selangor vs Perak - Football tactics and formations

Kesebelasan utama Perak

Wong Nam Kung kembali mengemudi jentera serangan Perak bersama Chad Souza. Ini bermakna Horace James (sebutannya Ho-res wahai Abu Bakar Atan, bukan Ho-ra-chey) ditugaskan bermain di sayap kanan buat kali pertama. Selain dari pemain ini, M. Karathu mengekalkan kesebelasan utamanya yang meraih kemenangan 2-1 menentang JDT dalam perlawanan penuh kontroversi pada minggu lepas.

4-4-2 vs 4-4-2

Seperti yang kami beritahu dalam analisis-analisis taktikal sebelum ini, apabila 2 pasukan yang bermain dengan 2 taktikal yang hampir sama – gol akan terhasil daripada kualiti pemain. Dan inilah yang berlaku dalam perlawanan ini.

Gol tunggal Selangor dijaringkan Guilherme kerana kesilapan Horace James dalam rutin bertahan ketika sepakan sudut.

perak4565456dasd

 

Gol pertama Perak terhasil kerana kesilapan Leandro dos Santos yang menolak Wong Nam Kung dalam kotak penalti dalam rutin bertahan ketika long throw-in.

Dan gol kemenangan Perak diperoleh hasil kualiti sepakan percuma Nurridzuan Abu Hassan.

Kedua-dua pasukan hanya mampu mencipta peluang jaringan diluar kotak dan tidak banyak peluang keemasan (clear cut chance) yang dicipta oleh kedua-dua pasukan.

Kurangnya variasi larian menyebabkan Afiq Azmi makin tenggelam

Perhatian dalam perlawanan ini tertumpu kepada penyerang Selangor, Afiq Azmi yang sudah menjaringkan 7 gol dalam Liga Super setakat ini. Muncul sebagai satu-satunya penyerang tempatan yang bersaing sengit di carta penjaring terbanyak liga, Afiq diharap peminat Selangor untuk meneruskan prestasinya. Malangnya, ia tidak menjadi buat Afiq.

Ketika Guilherme turun ke zon midfield untuk menghubungkan jentera serangan dengan tengah, larian Afiq tiada variasi dan mudah dibaca. Beliau kerap kekal di tengah dan jarang menarik Thiago Aquino dan Idris Ahmad keluar dari posisi mereka – dengan membuat larian ke channel serangan.

perak1

Dalam perlawanan menentang Kelantan minggu lepas, Afiq bergelut untuk mencari ruang dan melepasi kawalan dua petahanan tengah Kelantan. Dalam satu situasi serangan contohnya, Afiq membuat larian di tengah sedangkan beliau lebih berbahaya jika dapat membuat larian ke channel.

kelantan007

Ada sesuatu yang boleh kita pelajari daripada larian penyerang di liga Eropah, bagaimana mereka melepasi kawalan pertahanan tengah seperti ini:

 

Baca: Analisis Taktikal Kelantan vs Selangor (diakui hampir tepat oleh Azraai Khor di FB kami)

Kebergantungan kepada khidmat Andik perlu dihentikan

Satu perkara yang terang lagikan bersuluh adalah – Ahmad Hazwan Bakri bukan seorang pemain sayap.

Berbanding Andik Vermansyah yang mempunyai skil gelecekan untuk menewaskan pertahanan lawan, Hazwan lebih terhad. Ya beliau mempunyai kelajuan, teknik penyudah dan berkaki kiri – tetapi kelemahan beliau terserlah apabila beliau tidak dapat menewaskan pertahanan lawan dalam situasi 1v1.

Masa untuk Mohd Raimi, penyokong Selangor?

Sebagai seorang penyerang yang terpaksa bermain di sayap, Hazwan memerlukan larian sokongan daripada bek kiri/kanan untuk melepasi kawalan pertahanan lawan. Memandangkan Azmi Muslim lebih diarahkan bermain sebagai defensive full back berbanding modern full back, Hazwan kerap hilang bola ketika cuba menewaskan pertahanannya.

Heavy pressing Perak dan Selangor

Salah satu tema utama perlawanan ini adalah persembahan heavy pressing daripada kedua-dua pasukan yang hampir sama.

Kedua-dua pasukan hanya akan memulakan kerja pressing apabila bola masuk ke kubu mereka, iaitu sebaik sahaja bola masuk ke half mereka.

Dua pemain tengah setiap pasukan (Nazmi Faiz-Leandro/Nasir-Raffi) akan melakukan pressing kepada setiap pemain yang membawa bola masuk ke half mereka masing-masing.

Jika bola melepasi pressing mereka, seorang pertahanan tengah akan keluar untuk menghentikan pemain tersebut. Dalam kes Perak, pemain itu adalah Thiago Aquino dan dalam kes Selangor, pemain itu adalah Robert Cornwaithe.

Pemain sayap akan turun membantu bek kiri dan kanan masing-masing dan salah seorang daripada penyerang akan turut turun membantu pemain tengah melakukan kerja pressing. Bagi Perak, tugas itu dilakukan oleh Chad Souza manakala bagi Selangor, tugas itu dilakukan oleh Guilherme.

Tenaga pressing yang intensif inilah yang menyebabkan jumlah fouls setiap pasukan mencanak naik dan membuatkan pengadil sibuk sepanjang perlawanan. Perlawanan kerap dihentikan kerana fouls dan ini sedikit sebanyak menyebabkan tempo perlawanan agak terganggu – terutamanya pada separuh masa pertama.

perak2fsdfsssdfsdf

Tetapi kerana mengamalkan heavy pressing sebeginilah menyebabkan pasukan Liga Super yang lain sukar untuk menembusi pertahanan Selangor dan Perak.

Long throw – senjata Perak

Satu kelebihan Tuah Iskandar berbanding Syazwan Roslan adalah kebolehannya melakukan long throw-in dari garisan tepi padang. Kelebihan ini digunakan sepenuhnya oleh Perak dengan meletakkan Thiago Aquino, Chad Souza dan Nam Kung Wong di kotak penalti Selangor setiap kali throw-in di kawasan kiri Selangor.

Balingan Tuah Iskandar tidaklah sebahaya Rory Delap tetapi cukup untuk memaksa Leandro melakukan foul ke atas Woong Nam Kung – sekaligus memberi penalti kepada Perak.

Keengganan Karathu menggunakan pemain gantian

Satu perkara yang menimbulkan persoalan adalah keputusan Karathu untuk tidak mengeluarkan pemain yang sudah dilayangkan kad kuning ketika mendahului 2-1.

Wong Nam Kung jelas kelihatan letih pada sekitar minit 70′ dan kad merah Nurridzuan boleh dielak jika Karathu memasukkan Ridzuan Azly atau jika beliau mahu pilihan yang lebih pragmatik – Arif Ismail.

Dengan Nurridzuan bakal digantung perlawanan menentang Pahang, ini satu kehilangan besar buat Perak.

Kesimpulan

Tidak banyak yang boleh dipisahkan antara Selangor dan Perak pada perlawanan ini. Kedua-dua pasukan mempunyai kualiti yang hampir sama di semua bahagian. Cuma bezanya, Perak mempunyai seorang pemain yang mampu menjelmakan saat-saat ajaib untuk memberikan kemenangan ‘smash and grab’ mereka.

Baca juga: Kisah Di Sebalik Kejayaan AFC Bournemouth

 

LIKE dan FOLLOW SemuanyaBola di Facebook serta Twitter

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN