AFC B-16: Misi Baharu Anak Buah P.Maniam Ialah Untuk Benam Jepun

Skuad muda negara yang masih segar daripada menjuarai Kejohanan AFF B-15 2019 di Thailand baru-baru ini tidak mempunyai banyak masa untuk berehat mahu pun meraikannya. Ini kerana mereka mempunyai tugasan lebih besar untuk dihadapi pada September hadapan iaitu kempen kelayakan Kejohanan AFC B-16 2020 yang akan berlangsung di Laos dari 18 – 22 September.

Pada pusingan kelayakkan tersebut, Malaysia diundi di dalam Kumpulan J bersama-sama tuan rumah, Laos, Kemboja dan gergasi Asia Jepun.

Walaupun mengakui ia adalah saingan yang sukar, pemain-pemain negara yang bersemangat setelah cemerlang di Thailan, yakin mampu mengulangi rentak kejayaan yang sama di pusingan kelayakkan tersebut.

Skuad Malaysia B-15 di Thailand.

Bercakap kepada BERNAMA  beberapa hari yang lalu, penyerang B-15 negara Mohmad Khairil Mohd Zain berkata:

“Insya-Allah boleh tewaskan Jepun, kebanyakan (pemain) pasukan kami ini semua ada inspirasi nak lawan, komitmen, percakapan semua ada dalam team ini.

“Jepun adalah (pasukan) gergasi Asia dan kami percaya dengan team yang ada, insya-Allah kami boleh ‘makan’ Jepun,” katanya ketika ditemui wartawan setelah kembali dari Thailand tempoh hari.

Hamidin Malaysia b-15 2019
FOTO: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Pemain pertahanan Muhammad Daniel Edzuan Mohd Anuar yang senada dengan Mohamad Khairil, namun enggan mudah cabaran pasukan lawan terutamanya Jepun.

“Kalau tengok perlawanan menentang Kemboja itu, atas kertas kami boleh ‘makan’ tetapi kami tidak boleh ambil mudah dengan Jepun dan perlu fokus, yakin serta beri 200 peratus komitmen dalam pasukan,” katanya.

Bagi pengendali pasukan ini, P. Maniam ianya tidak mustahil untuk anak buahnya membenam cabaran Jepun berdasarkan semangat jitu yang dimiliki barisan pemainnya, namun turut enggan memandang rendah keupayaan Laos yang berjaya mengikat mereka 1-1 di Thailand tempoh hari.

“Memang kita nampak boleh menang dengan Kemboja, tetapi Laos ini susah sikit sebab saya rasa mereka bermain dengan lebih bertahan, bukan senang, tetapi dengan pemain-pemain ini saya rasa kita berkeyakinan bahawa kita boleh melakukan yang terbaik dengan Jepun.

“Keyakinan pemain begitu baik, tetapi kita harus membuat persiapan lebih baik daripada yang sebelum ini kerana akan membantu pemain bermain dengan lebih yakin dan teratur,” katanya.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN