Telah berlaku kontroversi dalam aksi saingan Liga Wanita Nasional, selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan untuk memotong mata kesemua pasukan yang bertanding.
Ya, FAM memutuskan untuk memotong mata semua pasukan yang bertanding atas alasan ada kelab yang telah menarik diri dari pertandingan tersebut.
Pasukan LMS Tigress FC telah menarik diri dari pertandingan, dan sehari sebelum aksi perlawanan terakhir berlangsung, FAM telah mengeluarkan kenyataan yang mencetuskan kemarahan semua kelab bertanding.
Tonton video penuh https://t.co/mGCFqsRrGl#FAM #HarimauMalaya #LWN #ItsOurTime
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) November 4, 2023
“Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini telah mengumumkan keputusan berhubung kegagalan pasukan LMS Tigress FC menamatkan jadual perlawanan dalam saingan Liga Wanita Nasional (2023).”
Tulis kenyataan rasmi dari FAM.
“Justeru itu, semua keputusan perlawanan yang membabitkan LMS Tigress FC sepanjang musim ini tidak akan dikira.”
Dek kerana LMS Tigress FC menarik diri, maka FAM memutuskan untuk membatalkan semua perlawanan mereka.
Keputusan itu menyebabkan mata-mata yang dipungut dari kelab lain ketika bertemu LMS Tigress FC telah ditarik balik dan menyebabkan ada berlakunya kontroversi.
KEMAS KINI: Carta Kedudukan Terkini LWN 2023
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini telah mengumumkan keputusan berhubung kegagalan pasukan LMS Tigress FC menamatkan jadual perlawanan dalam saingan Liga Wanita Nasional (2023). pic.twitter.com/dpTwoyjotG
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) November 3, 2023
Justeru itu, semua keputusan perlawanan yang membabitkan LMS Tigress FC sepanjang musim ini tidak akan dikira. #FAM #HarimauMalaya #LWN2023 #ItsOurTime
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) November 3, 2023
Hal tersebut dikatakan seolah-olah telah memberi impak kepada perebutan gelaran liga dan kelab-kelab di kelompok atas jelas tidak gembira dengannya.
Selain mengganggu perebutan gelaran liga, tindakan FAM memotong mata juga menyebabkan kelab merasa rugi kerana telah mengeluarkan kos untuk aksi mereka ketika bertemu LMS Tigress FC sebelum ini.
Jelas sekali setiap kelab perlu mengeluarkan dana untuk persiapan mereka menghadapi sesebuah perlawanan itu, dan jika perlawanan yang sudah berlangsung itu dianggap batal, maka pelaburan yang keluar dianggap sia-sia.
Pihak kelab juga dikatakan tidak gembira dengan tindakan FAM yang terlalu lambat untuk membuat keputusan berkait pemotongan mata itu.
Namun apa sebenarnya yang menyebabkan FAM membuat keputusan seperti itu?
📸 Sekitar majlis penyampaian hadiah Liga Wanita Nasional (LWN) 2023 di Stadium UiTM, Shah Alam, petang tadi.
Lagi gambar di https://t.co/QZ8OhMWkoL#FAM #HarimauMalaya #LWN2023 #ItsOurTime pic.twitter.com/xzBxsa9GeV
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) November 4, 2023
FAM sebenarnya membuat keputusan tersebut kerana mereka mengikut peraturan yang telah ditetapkan dalam pertandingan itu sendiri.
Berdasarkan kepada peraturan Liga Wanita Nasional 2023 perkara 4.7.3 yang menyatakan:
“Jika pasukan gagal menamatkan jadual perlawanannya dalam pertandingan tanpa mendapat persetujuan Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM, maka pasukan tersebut terkeluar daripada pertandingan dan semua keputusan, mata atau jaringan perlawanan-perlawanan terdahulu tidak dikira serta pasukan ini akan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib FAM.”
Dan satu lagi sebab utama kenapa FAM memutuskan untuk mengikut peraturan tersebut adalah kerana melihat jumlah pasukan yang bertanding.
Jika banyak penyertaan dan liga yang panjang, sepertinya tiada masalah untuk FAM tidak memotong mata terdahulu kerana ada banyak lagi kelab bertanding dan banyak lagi perlawanan.
Namun saingan Liga Wanita Nasional musim ini hanya ada enam pasukan sahaja yang bertanding dan kerana itulah peraturan tersebut terpaksa diguna pakai.
Sabah Juara Liga Wanita Nasional (LWN) 2023
Dengarkan komen daripada ketua jurulatih Malaysian University, Mohd Fairuz Abdul Aziz dan ketua jurulatih Sabah, Justin Ganai selepas tamat perlawanan terakhir Liga Wanita Nasional (LWN) 2023 di Stadium UiTM, Shah Alam, petang tadi. pic.twitter.com/CFObCLOqz1
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) November 4, 2023
Oleh yang demikian, bukanlah sepenuhnya salah FAM atas apa yang berlaku sekarang, kerana mereka ada alasan tersendiri untuk mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
Dan begitu juga dengan wakil-wakil kelab, mereka juga tidak salah untuk bersuara dan merasa kecewa, kerana mereka berhak untuk itu.
Selepas mengeluarkan kos yang banyak dan melihat mata dipotong, jadi wajar untuk kelab-kelab tersebut meluahkan rasa kecewa mereka.
🎙 Dengarkan komen kapten Malaysian University, Siti Nurfaizah selepas pasukannya merangkul tempat ke-3 Liga Wanita Nasional (LWN) 2023!#FAM #HarimauMalaya #LWN #ItsOurTime pic.twitter.com/MNwAjhpsxX
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) November 4, 2023
Namun apa yang boleh diperkatakan lagi, peraturan tetap peraturan dan semoga saja hal seperti ini tidak berulang lagi agar ia tidak menyusahkan pihak lain.
Kerana kegagalan satu kelab yang menarik diri, impaknya dirasai oleh semua kelab yang lain dan ia juga turut beri kesan kepada perebutan gelaran juara.
Jadi adakah wajar untuk FAM dipersalahkan? Bincangkan di ruangan komen.