Ivan Mamut Kian Berbisa, Bakal Lanjutkan Bersama Terengganu?

Kelibat penyerang import Terengganu, Ivan Mamut kian mencuri tumpuan ketika ini selepas beliau terus membuktikan dirinya selaku penggempur paling berbisa musim 2023 bersama pasukan tersebut.

Mamut menjadi antara pemain yang paling kerap dikritik pada awal musim, selepas penyerang dari Croatia ini tampil sedikit tumpul selaku penyerang utama buat Terengganu.

Malah, ada ketika penyerang ini turut dibayangi dengan aksi pemain lain yang menyaksikan Mamut kurang disenangi segelintir penyokong Sang Penyu di atas padang dengan impak diberikan beliau dianggap kurang memberansangkan.

Namun, perlahan-lahan Mamut mempamerkan kualiti beliau dan menjawab persoalan mengapa pengendali Terengganu iaitu Tomislav Steinbruckner memilih beliau selaku peledak baharu pasukan tersebut musim ini.

Hasilnya, Mamut mula mencetak nama selaku penjaring gol buat Terengganu dengan lebih kerap, selain membawa pengaruh cukup positif di atas padang menerusi kualiti dipamerkan penyerang tersebut.

Terbaharu, Mamut juga berjaya memastikan Terengganu layak ke final Piala Malaysia 2023 selepas dua jaringan beliau memastikan Kuala Lumpur City (KL City) tersingkir di pusingan separuh akhir.

Pada saingan tersebut, Mamut membuktikan sendiri di hadapan ribuan penyokong Sang Penyu ketajamannya menerusi jaringan sulung perlawanan yang dianggap mempunyai kelas tersendiri serta disusuli gol kedua

Sebelum itu, Mamut juga sudah pun meledak satu jaringan hatrik dalam saingan Piala Malaysia pusingan 16 terbaik sewaktu Terengganu berdepan KL Rovers.

Menurut penyerang tinggi lampai itu, beliau enggan mendabik dada dengan prestasi semasa selain menyifatkan kejayaan pasukan hadir menerusi kerjasama membabitkan rakan-rakan serta para kejurulatihan sendiri.

“Dua jaringan ketika membenam KL City FC pada aksi separuh akhir kedua adalah sesuatu yang indah lebih-lebih lagi jaringan itu penting bagi memastikan pasukan berjaya melangkah ke pentas final selepas lima tahun menanti.

“Malah suasana yang indah pada malam itu (Jumaat) bermula dengan sesi latihan memanaskan badan lagi dengan suasana yang sangat mengagumkan terutama dengan kehadiran ribuan peminat setia yang boleh saya simpulkan paling banyak sejak saya menyertai TFC bermula awal musim ini.

“Tambah memberikan keyakinan kepada saya apabila semua rakan sepasukan beraksi dengan baik pada malam itu dengan mengikut perancangan dan kami berhak untuk ke final, kehadiran keluarga saya juga turut membakar lagi semangat saya ketika itu, saya boleh katakan malam itu menjadi hari yang begitu bermakna buat saya.

“Namun seperti yang saya katakan, tanpa rakan sepasukan saya tidak mampu untuk bermain sebegini, kehadiran ribuan penyokong juga membangkitkan lagi semangat kami, terima kasih kepada semua, anda juga hebat memberikan sokongan,” katanya menerusi laporan Harian Metro.

Untuk saingan musim hadapan, pastinya tanda tanya mula timbul dalam kalangan peminat jika beliau akan terus dikekalkan pihak pengurusan kelab selaku status penyerang import.

Menerusi kualiti semasa ditampilkan Mamut, sudah tentu beberapa kelab lain juga sedang mengintai peluang untuk mendapatkan beliau pada saingan musim hadapan.

Pandangan anda, Mamut layak dikekalkan untuk musim hadapan atau Steinbruckner perlu mendapatkan penggempur baharu yang jauh lebih berbisa?

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN