Selepas ada rombakan yang dibuat oleh Terengganu untuk saingan musim hadapan, beberapa pemain import mereka sah tidak akan disambung kontrak lagi.
Namun, ada juga yang masih lagi mencetuskan tanda tanya buat para penyokong kerana masih belum diketahui status mereka musim hadapan.
𝗧𝗢𝗠𝗜𝗦𝗟𝗔𝗩 𝗦𝗧𝗘𝗜𝗡𝗕𝗥𝗨𝗖𝗞𝗡𝗘𝗥 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗝𝗨𝗥𝗨𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 𝗙𝗖 𝟮𝟬𝟮𝟯
Baca selanjutnya di 🔽🔽🔽https://t.co/1ipbScC3HE
Semoga Tomislav berjaya membawa kejuaraan buat Terengganu FC bagi musim 2023!#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/skjeBjGSIv
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) December 1, 2022
Salah seorang import Terengganu yang masih lagi belum diketahui status beliau untuk musim hadapan ialah penyerang sensasi mereka iaitu Jordan Mintah.
Mintah yang mula menyertai Terengganu untuk beraksi bersama pasukan ‘feeder’ sejak beberapa musim lalu dilihat tampil dengan kurang menyakinkan tahun ini bersama Kuala Lumpur City selaku status pemain pinjaman.
Menurut pengendali terbaharu Terengganu iaitu Tomislav Steinbruckner, beliau sehingga kini masih belum dapat membuat keputusan mengenai perancangannya untuk menggunakan khidmat Mintah musim depan.
Jelas beliau, sehingga kini beliau masih lagi membuat pertimbangan jika mahu mengekalkan Mintah dalam skuad atau meminjamkan beliau kepada pasukan lain yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).
85' GOL | Jordan Mintah menambah gol kelima KL City!@KLCityFootball 5-0 @sufc_rasmi #LigaSuper2022 pic.twitter.com/1HmFbkAD5E
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 28, 2022
Setakat ini Tomislav masih lagi sedang meneliti kesesuaian Mintah bersama seorang lagi penyerang import baharu yang akan tiba tidak lama lagi untuk disesuaikan bersama taktikal beliau.
“Saya sedang berusaha untuk membawa masuk penyerang baharu dari Croatia bagi menggantikan Kpah Sherman dan Kipre Tchetche.
“Jadi, sama ada dia (Mintah) kekal atau akan diberi pinjaman kepada pasukan lain musim depan belum dimuktamadkan lagi.
“Ini kerana saya mahu melihat kesesuaian dan pemain yang bakal menggalas tugas di posisi berkenaan itu perlu berkualiti lebih-lebih lagi TFC bakal beraksi di Piala AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) musim depan,” katanya menerusi Harian Metro.
Penyerang kelahiran Ghana ini menghabiskan sebahagian musim ini selaku status penyerang pinjaman kepada KL City musim ini dengan terbabit dalam segala saingan termasuk Piala AFC.
Ianya mungkin dianggap sebagai suatu langkah tepat buat Mintah menyertai KL City selepas pasukan tersebut berjaya mencipta sejarah tersendiri untuk melayakkan diri ke pentas final Piala AFC musim 2022.
Sehingga kini, kontrak Mintah bersama Terengganu masih lagi aktif sehingga penghujung bulan November 2023 dan sudah ada beberapa kelab lain berminat mendapatkan beliau selaku status pinjaman.
72' GOL | Jordan Mintah menanduk masuk hantaran lintang Romel Morales untuk meletakkan KL City di depan!@KLCityFootball 2-1 @kda_fc #LigaSuper2022 pic.twitter.com/qNatqw08nt
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 27, 2022
Antara pasukan yang sedang memantau beliau kini ialah Sri Pahang selepas kelab tersebut semakin pasti untuk menandatangani khidmat Kpah Sherman musim hadapan.