Baru-baru ini, Terengganu FC telah mengumumkan dua pemain import baharu mereka iaitu penyerang, David da Silva dan seorang pertahanan tengah, Chris Herd.
Rata-rata tabloit tempatan menyatakan Chris Herd pernah beraksi bersama Aston Villa dan itu merupakan kelab terbesar yang pernah diwakilinya sepanjang karier bola sepaknya. Ia juga merupakan kelab pertama karier profesionalnya.
Begitupun, aksinya di Aston Villa agak terbatas dan Chris Herd lebih dikenali oleh penyokong Lincoln FC. Ini kerana sepanjang dipinjam ke kelab yang beraksi di League Two, Divisyen ke-4 England itu, beliau merupakan tonggak utama mereka.
Lebih banyak dipinjamkan keluar
Sepanjang lapan musimnya bersama Aston Villa, beliau lebih banyak dipinjamkan ke kelab lain. Lima kelab yang pernah diwakilinya sepanjang dipinjamkan adalah Port Vale, Wycombe Wanderers, Lincoln City, Bolton Wanderers dan Wigan Athletic. Untuk Villans, Chris Herd hanya banyak diturunkan bermain pada musim 2011/12.
Disebabkan beliau tampil lebih banyak ketika bersama Lincoln City, penyokong Imps amat menyenangi kehadirannya dan beliau hampir menyambung pinjamannya pada musim seterusnya. Beliau kemudian diberikan debut dan menurutnya, “Saya cuma sempat berlari dan tidak menyentuh bola, tetapi ia satu pengalaman menakjubkan.”
“Saya tidak dapat bermain di Premier League sebanyak yang saya mahukan. Tetapi saya amat menikmatinya dan tiada apa yang dapat ditukarkan dengannya,” ujarnya.
Terlibat dalam beberapa ‘kontroversi’
Berbanding prestasinya, Chris Herd mungkin lebih dikenali dengan ‘masalah’. Mengapa dikatakan begitu? Pada musim 2011/12, selepas menandatangani lanjutan kontrak selama empat musim, beliau telah dirakam terlibat dalam pergaduhan di luar sebuah kelab malam di Birmingham bersama dua rakan, Fabian Delph dan James Collins.
BBC Sport: Aston Villa's Alex McLeish calls nightclub incident 'slur on club': Aston Villa manager Alex McLeish … http://t.co/doBukaql
— Aston Villa (@AstonVillaPulse) May 4, 2012
Dan pengendali Aston Villa ketika itu, Alex McLeish dipetik berkata, kejadian tersebut merosakkan reputasi kelab. Kemudian, beliau melalui satu perkara yang pemain tidak mahu lalui iaitu tiada kelab untuk beraksi. Pada musim 2014/15, berbaki kontrak enam bulan, beliau dengan ‘berani’ telah meninggalkan Aston Villa untuk dipinjamkan.
Misinya memburu minit permainan bersama Wigan Athletic. Namun, beliau akhirnya mengalami kecederaan lutut buat kali kedua dan ianya serius sehingga memerlukan pembedahan. Dan pengurus Villans, Tim Sherwood telah melepaskannya.
Selain itu, ketika kali pertama kembali ke Australia untuk bersama Perth Glory, beliau memilih untuk menamatkan kontraknya selepas tidak sampai tiga bulan. Dan ianya atas sebab-sebab peribadi iaitu isterinya tidak dapat berpindah bersama.
Masih relevenkah untuk aksi Liga M?
Adakah aksinya masih releven di Liga Malaysia? Persoalan yang amat besar selepas Terengganu membawanya masuk sebagai pengganti Babacar Diallo yang juga hanya tampil 270 minit sahaja musim ini. Pengendali Terengganu, Nafuzi Zain lebih banyak menggunakan Argzim Redzovic yang dinaikkan pangkat daripada TFC II.
Argzim Redzovic bakal menggantikan tempat Babacar Diallo buat sementara waktu. Babacar sebelum ini mengalami kecederaan bahagian peha dan tidak cergas sepenuhnya bagi perlawanan pada malam esok menentang @city_pj #TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/HwNavUWWX1
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) August 21, 2020
Adakah reputasinya pernah beraksi di Premier League menjadi taruhan? Melihatkan perjalanan kariernya, beliau sendiri akui yang beliau tidak mendapat banyak peluang di sana. Malah, selepas kecederaan kedua yang menurutnya satu ‘setbacks’ dalam kariernya, beliau berhijrah ke beberapa pasukan dan kurang mendapat aksi.
Melihatkan beberapa klipnya ketika bersama kelab Chennaiyin FC di Indian Super League pada musim 208/19, Chris Herd berkemampuan dalam melakukan bentesan yang baik serta memiliki hantaran ‘missile’ ke jentera depan yang sangat baik. Beliau juga boleh membuat fast break attack daripada kawasan defensive third.
Kini segalanya terpulang kepada Terengganu dan Nafuzi Zain untuk bagaimana mahu menggunakannya. Kebolehannya beraksi di beberapa posisi sememangnya satu kelebihan ditambah pula memiliki kawalan bola yang baik. Adakah Chris Herd bakal menjadi Babacar Diallo 2.0 atau beliau pelaburan yang lebih berbaloi?
KREDIT FEATURED IMAGE: TERENGGANU FC
Baca lagi artikel lain mengenai Terengganu FC:
Adakah Impak COVID-19 Memberi Manfaat Kepada Kualiti Pemain Import Di Liga-M?
RASMI: 3 Perkara Tentang Pemain Baharu Terengganu FC, Carli de Murga
Nasir Basharudin, Petrus Shitembi Calon Kapten Terengganu FC?