Pemain tengah Ipswich City, Elkan Baggott hampir pasti tidak dapat memperkuatkan pasukan Indonesia untuk perlawanan penting menentang Vietnam di dalam saingan Kumpulan B, Piala AFF 2020 pada hari ini.
Ini selepas pemain itu terpaksa menjalani kuarantin selama lima hari, iaitu sehingga 18 Disember akan datang – walaupun negatif ujian saringan Covid-19.
Langkah tersebut dipercayai terpaksa diambil oleh kerajaan Singapura selepas pemain itu menaiki pesawat yang sama dari London ke Singapura dimana salah seorang penumpangnya mendapat keputusan positif varian baharu.
Tindakan kerajaan Singapura dipersoal
Seperti kita semua sedia maklum, varian Omicron kini sedang mengganas melanda dunia dan menyebabkan kadar jangkitan yang tinggi di Eropah – termasuk di UK.
Arahan untuk menjalani kuarantin telah diserahkan oleh kerajaan Singapura sendiri melalui Kementerian Kesihatan negara tersebut kepada Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI).
#BREAKING: Indonesian national team centre-back Elkan Baggott must quarantine after being on the same plane with a person who tested positive for COVID-19.
The 19-year-old will miss the match against Vietnam (December 15). pic.twitter.com/dLNunmtvVn
— Asian Football (@AsianFootballs) December 14, 2021
Dan seperti dijangka, tindakan tersebut dipersoal oleh pihak Indonesia, termasuklah oleh media dan penyokong skuad Garuda.
Di dalam keadaan ini, perbandingan dengan situasi yang melanda kem Harimau Malaya pantas menjadi perbandingan.
Kenapa Malaysia boleh?
Apa yang terpaksa dilalui oleh Elkan Baggott dianggap aneh dan tidak adil di mata Indonesia, kerana 19 pemain Malaysia yang mempunyai kontak dengan 4 pemain lain yang didapati positif sebelum ini masih dibenarkan untuk bertanding.
Empat pemain Malaysia iaitu Akhyar Rashid, Quentin Cheng, Faisal Halim, dan Khairulazhan Khalid sebelum ini menjadi empat pemain pasukan negara yang didapati positif ketika ujian saringan dilakukan di Singapura.
Indra Sjafri mengonfirmasi pihaknya akan mencoba melobi pemerintah Singapura agar Elkan Baggott diperbolehkan bermain vs Vietnam besok. 🔥
📝 CNN Indonesia pic.twitter.com/EPBqA8WmMy
— Extra Time Indonesia (@idextratime) December 14, 2021
Sebelum didapati positif, keempat-empat pemain tersebut juga sempat berlatih dan melakukan kegiatan bersama dengan pemain-pemain lain.
Malah Safawi Rasid yang beraksi dalam semua perlawanan membabitkan Malaysia setakat ini adalah rakan sebilik Akhyar Rashid.
Piala AFF: PSSI Pertanyakan Keputusan Karantina Mendadak Elkan Baggott https://t.co/iofmPvwKk8 pic.twitter.com/8IrVl6hoz4
— KOMPAS TV (@KompasTV) December 14, 2021
Agak aneh perbandingan sebegitu rupa dilakukan. Ini kerana apa yang cuba dilakukan oleh kerajaan Singapura apabila mengarahkan Elkan Baggot dikuarantin adalah jelas, iaitu untuk mengelakkan penularan varian Omicron di negara mereka.
Ini kerana bukti awal menunjukkan varian Omicron Covid-19 mungkin mempunyai tahap kebolehjangkitan lebih tinggi walaupun kurang berbahaya.
“Abaikan Provokasi Media Indonesia” – Cheng Hoe Mahu Pemain Hanya Fokus Kepada Perlawanan
Jangkitan yang melanda kem Harimau Malaya pula bukannya daripada varian Omicron.
Tidak kurang juga seperti ada yang mempersoalkan AFF sebagai penganjur dan seperti keliru dengan arahan tersebut sebenarnya adalah daripada pihak kerajaan dan bukannya daripada penganjur.
Netizen Anggap Ada Mafia di Piala AFF
Tindakan yang dianggap tidak adil terhadap skuad kebangsaan Indonesia itu turut membuatkan netizen dan penyokong skuad Garuda marah, lantas menyebabkan akaun rasmi Instagram Piala AFF dibanjiri dengan komen-komen.
Elkan Baggot bs saja sengaja dijebak karantina jelang lawan Viet n Malay krn mereka takut dgn timnas qt. @PSSI next Timnas ga ush ikut piala AFF aja. Dari dulu bnyk mafia bola n mafia judi. #saveelkan
— Tomy (@Tomy60081191) December 14, 2021
Malah salah seorang daripada mereka mencurigai keberadaan watak ‘mafia’ di pertandingan Piala AFF 2020 – yang bertanggungjawab merancang apa yang berlaku.
Sudah tentu perbandingan terhadap pemain Malaysia juga turut dilakukan, dengan dakwaan layanan berbeza terhadap kedua-dua kem.
“Tidak adil, pemain Indonesia Elkan dikuarantin setelah berada di pesawat dengan orang yang dinyatakan positif covid, padahal ia telah melakukan ujian pcr dan hasilnya negatif,” tulis akaun @kang_must.
https://twitter.com/HizkiaLmmanuel/status/1470773464097243140
“Sedangkan pemain Malaysia Safawi yang berkongsi bilik dengan rakannnya yang positif masih boleh bermain. Ini benar-benar tidak adil. Mafia berada di balik semua ini,” tulis satu lagi komen.
Nampaknya seperti ramai yang terkeliru dengan niat dan tindakan oleh kerajaan Singapura, atau adakah media Indonesia, penyokong Garuda dan PSSI tidak pernah mendapat maklumat mengenai varian Omicron?