‘Pemain Buat Analisis Sendiri’ – Park Hang-seo Guna Cara Aneh Untuk Pasukan Fahami Kekuatan Indonesia

Vietnam

Setiap pemain Vietnam dipinta untuk melakukan analisis dan membentangkan sendiri kekuatan pasukan Indonesia untuk memahami sendiri ancaman yang bakal dijelmakan oleh skuad Garuda menjelang pertemuan kedua-dua pasukan pada malam ini.

Itulah cara aneh dan pertama kali dipraktikkan oleh pengendali skuad Naga Emas, Park Hang-seo dalam usaha mempersiapkan barisan pemainnya menentang Indonesia – yang merupakan perlawanan tumpuan dan akan menjadi hala tuju saingan di dalam Kumpulan B.

Lain dari kebiasaan

Park Hang-seo telah melakukan perkatra yang berbeza pada sesi latihan terakhir, pada Selasa. Setiap pemainnya diminta memberikan pendapat dan analisis masing-masing mengenai kekuatan dan kelemahan yang ditampilkan pasukan Indonesia.

Perkara itu didedahkan oleh sebuah laporan oleh portal Vietnam, Bongdaplus yang membuat liputan menyeluruh perjalanan Vietnam di kejohanan dwi tahunan kali ini.

Menurut laporan tersebut, setiap pemain bukan sahaja perlu melakukan analisis. Mereka juga perlu berkongsi penyelesaian masing-masing daripada sudut taktikal untuk memastikan ancaman Indonesia mampu dineutralkan sekaligus memastikan kemenangan milik Vietnam.

“Permintaan daripada jurulatih [Park Hang-seo] memaksa pemain menyaksikan ulang tayang perlawanan Indonesia berulang kali untuk mendapatkan analisis dan penilaian sendiri,” tulis Bongdaplus.

Apakah tujuan Park hang-seo?

Park Hang-seo sememangnya seorang jurulatih yang dikenali dengan kebijaksanaan taktikalnya. Jurulatih dari Korea Selatan itu juga terkenal dengan keperincian dalam memastikan setiap pemain memahami peranan masing-masing ketika perlawanan.

Beliau juga memiliki pembantu jurulatih yang lengkap, termasuk kumpulan kakitangan yang mampu mendapatkan data pemain pasukan lawan dalam memastikan perancangan beliau untuk perlawanan seterusnya mampu membuahkan hasil.

Tetapi kaedah yang dilakukan oleh Park Hang-seo kali ini agak berbeza. Beliau mahu pemain sendiri untuk mengenal kekuatan dan kelemahan kekuatan pasukan lawan.

Dari satu sudut berlainan, cara itu juga boleh membantu pemain untuk mengetahui secara lebih terperinci akan tanggungjawab masing-masing kepada pasukan. Ini kerana pada masa yang sama, pemain juga akan belajar mengkaji (analisis), dan membentangkan apa yang mereka fahami.

Secara teori, kaedah ini akan memastikan pemain lebih bersedia. Apatah lagi perlawanan menentang Indonesia dianggap sebagai perlawanan terpenting buat Vietnam – yang akan mencorakkan saingan Kumpulan B dan menentukan laluan setiap pasukan yang akan ke separuh akhir.

Saingan kumpulan maut

Kumpulan B yang turut menempatkan Malaysia, Kemboja dan Laos menyaksikan tiga pasukan kini berkongsi enam mata. Vietnam boleh menarik nafas lega sekiranya berjaya menewaskan Indonesia pada malam ini, dengan lawan yang lebih mudah bakal menanti untuk baki saingan.

Selepas dua kemenangan berturut-turut, Indonesia juga mahu mendapatkan tiga mata daripada perlawanan ini dalam usaha untuk mara ke separuh akhir.

Keputusan seri atau kalah kepada Vietnam bermakna Indonesia harus berhempas pulas memburu kemenangan dalam perlawanan menentang Malaysia pada 19 Disember hadapan untuk memastikan kemaraan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN