ACL2021: JDT Diundi Bersama Dengan Jiangsu Suning & Nagoya Grampus

JDT Kuching FA Piala Malaysia 2020 Tiada Tuah

Juara CIMB Liga Super 2020, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah diundi di dalam kumpulan G untuk saingan AFC Champions League (ACL) musim 2021.

Sekali lagi menjadi wakil tunggal negara di kejohanan tertinggi Asia, JDT boleh menarik nafas lega susulan terdapat desas-desus yang mereka tidak akan beraksi dalam ACL akibat menarik diri pada edisi yang lalu kerana larangan keluar negara oleh kerajaan Malaysia.

Mereka diletakkan bersama-sama dua pasukan dari China dan Jepun iaitu Jiangsu Suning dan juga Nagoya Grampus.

Jiangsu merupakan juara China dibarisi oleh pemain-pemain seperti Miranda, Ivan Santini dan juga bekas pemain Celtic iaitu Mubarak Wakaso.

Sementara Nagoya pula merupakan pasukan yang menamatkan saingan ditangga ketiga J-League dibarisi pemain-pemain seperti Yuichi Maruyama, Mateus dan Mitchell Langerak.

Satu lagi slot untuk kumpulan G akan diisi oleh pemenang play-off yang ketiga.

Sementara itu, dua wakil negara di Piala AFC iaitu Kedah dan Terengganu juga telah mengetahui nasib mereka.

Kedah diletakkan di dalam kumpulan H bersama-sama Lion City Sailors (Singapura), Saigon (Vietnam) dan pemenang play-off kedua.

Bagi Terengganu pula, mereka diletakkan di dalam kumpulan I bersama-sama Kaya FC-Iloilo (Filipina), Geylang International (Singapura) dan Shan United atau Ayeyawady United (Myanmar).

Saingan ACL akan bermula pada 21 April hingga 5 Mei bagi zon Timur sementara aksi zon ASEAN untuk Piala AFC pula akan diadakan pada 22 hingga 28 Jun 2021.

Baca juga artikel kami mengenai Johor Darul Ta’zim:

JDT Lancar Kad Visa Dan Keahlian Yayasan Johor Darul Ta’zim (semuanyabola.com)

RASMI: Diogo Luis Santo Sah Sertai Johor Darul Ta’zim (semuanyabola.com)

5 Perkara Positif Benjamin Mora Ketika Mengendalikan Johor Darul Ta’zim (semuanyabola.com)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN