Angkat Diri Sendiri Sebagai Pemilik Penang FC, Apakah Motif Politikus Itu?

Penang FC pemilik FAP 2021

Baru-baru ini, Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) telah memuat naik mengenai status pemilikan Penang FC yang jelas dilihat masih belum ada pertukaran pemilik.

Sebelum ini, ada yang melabel Semuanya BOLA diupah untuk umumkan usahawan, Razalif Mohamad Zain sebagai pemilik baharu Penang FC, sedangkan artikel tersebut merupakan persoalan kepada khabar angin yang tersebar di media sosial.

Memetik kenyataan artikel sebelum ini yang tidak mengesahkan pertukaran pemilik, “Selain itu, terdapat juga khabar angin yang Penang FC kini telah dimiliki sepenuhnya oleh seorang usahawan dari Pulau Pinang, Razalif Mohamad Zain yang merupakan Presiden sebuah syarikat pembuatan sarung tangan getah asli dan kondom.”

Dan di penutup artikel juga sekali lagi ditekankan mengenainya, “Setakat ini, belum ada pengumuman mengenai tajaan daripada mana-mana syarikat swasta selain khabar angin tentang perubahan pemilik kepada usahawan muda Pulau Pinang, Razalif,”

Seorang pengguna Telegram dengan nama Sany Rashid menempelak artikel tersebut dengan mempersoalkan berapa upah yang telah dibayar oleh Yayasan Metamorphosis (syarikat milik Razalif) untuk menulis artikel tersebut. Jawapannya, tiada.

Menurutnya, Razalif hanya mahu menunjuk-nunjuk dan telah bersengkokol bersama Presiden sedia ada, Dato’ Dr. Amar Pritpal Abdullah untuk mengambil alih Penang FC melalui syarikat tersebut. Kedua-dua individu yang disebut adalah orang politik.

Tambahnya lagi dalam pembongkarannya, “Razalif yang berhasrat nak jadi Presiden tidak mengemukakan apa-apa proposal, rencana 5-10 tahun pasukan serta budget Pengurusan kepada [Ahli] Lembaga FAP sebelum [membuat] pengumumannya.”

“Setelah terbongkar yang dia telah berlaku salah, baru dia terhegeh-hengeh datang berjumpa Presiden dan ahli-ahli Lembaga FAP bersama-sama geng komplotnya Dr. Pritpal. Dr. Pritpal hanya ingin melepaskan tanggungjawab seperti semua ahli-ahli politik yang gila jawatan sebab tak mampu mengurus team Bolasepak Pro,” jelasnya.

Kini, dengan pengumuman oleh pihak FAP, jelas, Razalif belum mengambil alih Penang FC dan menurut Presiden FAP, Dato’ Abdul Rasid Ismail, mereka tiada halangan untuk mana-mana pihak yang berminat untuk mengambil alih Penang FC.

“Namun pihak berkenaan perlulah berwibawa dan menunjukkan kemampuan dari segi kelestarian kewangan untuk menguruskan syarikat Penang FC demi kemajuan bola sepak Pulau Pinang,” ujar kenyataan tersebut di laman sosial rasmi FAP.

Oleh itu, apakah motif Razalif mengangkat dirinya sebagai pemilik baharu Penang FC? Adakah ianya berkaitan agenda politik juga? Mungkin ia satu teknik untuk melonjak naik namanya agar lebih dikenali kerana rata-rata orang di Pulau Pinang juga masih belum mengenalinya? Adakah penglibatan orang politik baik untuk bola sepak?

Jawapannya ada dalam artikel yang telah dikeluarkan oleh Semuanya BOLA sebelum ini, Tak Salah Pun Ahli Politik Nak Pegang Kelab Bola Sepak.

KREDIT FEATURED IMAGE: YAYASAN METAMORPHOSIS

Baca lagi artikel lain mengenai Penang FC:

Penang FC Telah Diambil Alih Oleh Usahawan ‘Sarung Tangan dan Kondom’?

Quentin Cheng: Saya Yang ‘Desak’ Untuk Ke Penang FC

RASMI: Penang FC Beri Peluang Saarvindran, Zafuan Azeman Kembali Ke Peta Liga M

One Comment

  • Please lah jangan libatkan politik dalam bola sepak. Hanya peminat dan org yg terlibat dgn bola sepak je yg boleh majukan bola sepak malaysia ni

Leave a Reply