ACL 2019: JDT Dijangka Turunkan Barisan Terbaik Menentang Kashima Antlers

Juara Liga Super 5 kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) tekad buru kemenangan yang pertama dalam saingan AFC Champions League esok apabila bakal bertemu kelab gergasi Jepun, Kashima Antlers di Stadium Larkin.

Peluang skuad Harimau Selatan untuk mara ke peringkat yang seterusnya masih terbuka dengan syarat mereka perlu menang dalam baki dua perlawanan terakhir dalam Kumpulan E iaitu menentang Kashima Antlers dan Gyeonnam FC.

Selepas mengharungi 4 perlawanan, JDT berjaya mengumpul satu mata namun pengendali skuad itu, Benjamin Mora mengakui tugas sukar sedang menanti mereka dalam baki 2 perlawanan terakhir. Justeru itu, beliau dijangka akan menurunkan barisan terbaik dalam dua perlawanan itu.

“Secara matematik kita masih boleh layak seandainya menang dalam kedua-dua perlawanan menentang Kashima (Antlers) dan Gyeonnam FC, tetapi ia bukanlah tugas mudah kerana anda sendiri tahu reputasi kedua-dua pasukan dan sudah tentu Shandong Luneng FC tidak akan tewas pada baki perlawanan mereka.

“Kami tidak mahu fikir slot ke pusingan seterusnya, sebaliknya apa kami rancang adalah membentuk taktikal mantap untuk menyaingi kelab dari Jepun yang menewaskan kami 2-1 pada pusingan pertama.

“Apa yang penting, kami mahu meneruskan corak permainan yang dirancang dan saya akan menurunkan kesebelasan terbaik termasuk kehadiran semula Mauricio Nascimento yang tidak beraksi ketika menewaskan FELDA United, baru-baru ini,” katanya dalam Harian Metro.

FOTO: JST

Sementara itu, kapten pasukan, Hariss Harun menjelaskan beliau dan rakan sepasukan sedia memberikan persembahan terbaik meskipun berdepan cabaran untuk menjalani latihan dalam bulan puasa.

“Kami menempuh jadual perlawanan yang padat dan kesemua pemain tampak enggan menggunakan itu sebagai alasan sebaliknya mereka ingin fokus dan memberi persembahan terbaik kerana beraksi di peringkat saingan kelab-kelab elit adalah satu penghormatan tertingi.

“Kami dapati, Shandong lebih fizikal tetapi lawan kami malam esok, mengamalkan corak taktikal pantas dan kerap menggerakkan bola yang mengelirukan. Itu yang merisaukan tapi kami akan cuba mengelak daripada mudah terperangkap dengan helah mereka,” kata Hariss.

Tiket bagi menyaksikan perlawanan tersebut sudah mula dijual di kaunter tiket stadium Larkian sejak jam 9.00 pagi tadi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN