Quantcast

BERITA

Diego Godin Sebak Ucap Selamat Tinggal Kepada Atletico Madrid

Kapten Atletico, Diego Godin mengesahkan beliau akan meninggalkan Atletico pada musim hadapan. Kontrak beliau berakhir pada musim ini.

Godin mengakui beliau terpaksa menolak tawaran daripada Man. United pada jendela perpindahan yang lalu – untuk menyertai Inter Milan pada musim akan datang.

Laporan di Itali menyebut Godin akan menerima gaji paling tinggi di Inter Milan.

Godin sudah bermain untuk Atletico Madrid selama 9 musim – sejak menyertai mereka pada 2010 – dari Villareal. Beliau menjadi nadi penting dalam kejuaraan liga Atletico pada 2013/14.

Godin berkata: “Saya akan meninggalkan Atletico Madrid. Inilah hari-hari terakhir saya di kelab ini. Atleti telah menjadi keluarga saya, kelab saya dan rumah saya. Dan sangat sukar untuk melafazkan selamat tinggal.”

“Saya menikmati banyak tahun yang indah – dan saya telah membangun sebagai seorang pemain, yang paling penting adalah membangun sebagai seorang manusia.”

Godin ternyata emosional dalam pengumuman tersebut. Yang pasti beliau akan menjadi legenda selamanya di Atletico Madrid.

Diego Simeone dan Antoine Griezmann antara yang tidak dapat menahan sebak ketika pengumuman itu dibuat oleh Godin.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!