Quantcast

BERITA

UCL: Liverpool 4 Barcelona 0, The Reds Cipta Satu Lagi Kebangkitan Gemilang Di Anfield

Liverpool 4 Barcelona 0.

Kenyataan pendek di atas bukan satu ‘banter’ jika anda tidak menyaksikan perlawanan ini.

Liverpool turun dengan skuad serba tempang dengan kehilangan Firmino dan Mo Salah. Barcelona pula tampil dengan skuad lebih lengkap dengan beberapa pemain diberikan rehat yang cukup.

Daripada banyak sekali detik gemilang di Anfield, yang satu ini mungkin akan memintas segalanya.

Liverpool hadir ke perlawanan ke-2 dengan ketinggalan 3 gol daripada perlawanan pertama. Sebelum perlawanan Liverpool dibayangi kehilangan beberapa pemain utama.

Sebelum sepak mula, jika anda kata Liverpool akan bangkit, akan lebih ramai gelakkan anda daripada yang yakin ia akan berlaku.

Luis Suarez dan Coutinho menjadi perhatian dalam kepulangan semula mereka ke Anfield. Malah Suarez terlepas peluang keemasan pada separuh masa kedua untuk mematikan perjuangan Liverpool.

Origi meletakkan Liverpool di hadapan pada minit ke-7. Pengulas perlawanan menyatakan: “Sekurang-kurangnya beza 2 gol lebih baik daripada 3 gol.”

Barcelona kelihatan akan mendapat gol tempat lawan dalam beberapa siri serangan. Namun Alisson sangat kental di gawang gol. Melakukan 5 saves dan 3 daripadanya adalah big saves.

Dan harus diingat ini bukan pertama kali Alisson berhadapan tugas sukar ini.

Separuh masa pertama Liverpool terpaksa kehilangan Andy Robertson yang banyak menjana serangan daripada bawah.

Pada separuh masa kedua Klopp memasukkan Wijnaldum. Dan ajaibnya Wijnaludm menjaringkan 2 gol dalam jarak 2 minit iaitu pada minit ke-54 dan ke-58. Barcelona bergelut dengan hantaran silang Liverpool.

Ketika perlawanan hampir menuju ke masa tambahan, Liverpool mendapat gol pendahuluan agregate buat pertama kali dalam separuh akhir kali ini.

Divock Origi menerima hantaran silang rendah daripada sepakan penjuru Alexander Arnold. Pemain-pemain Barcelona masih terpinga-pinga dan tidak bersedia.

Liverpool bertahan dengan baik untuk baki perlawanan dan mara ke perlawanan akhir UCL sekali lagi dengan agregate 4-3. 2 kali Liverpool mara dalam masa 2 tahun berturut-turut.

Liverpool singkirkan Barcelona dan mara ke Madrid 2019.