AC Milan Tidak Mahu Pindah Dari San Siro, Jawab ‘Wayang’ Datuk Bandar

AC Milan menegaskan yang mereka tidak akan berpindah dari San Siro. Ianya bagi menjawab persoalan tentang potensi AC Milan keluar daripada San Siro selepas Datuk Bandar mengumumkan ada perancangan untuk membina stadium bola sepak baru.

Bagi AC Milan, stadium San Siro terlalu sentimental untuk mereka. Stadium yang telah menjadi rumah mereka sejak 1926 dengan kapasiti 80,000 penonton. Banyak kejayaan yang sudah mereka kecapi di sana.

San Siro salah satu daripada elemen budaya kelab AC Milan. Pada 1947, barulah Inter Milan mendapat hak untuk berkongsi stadium dengan mereka.

Datuk Bandar Milan, Giuseppe Sala sebelum ini berkata yang AC Milan sedang mempertimbangkan untuk bermain di stadium baru. Kenyataan Datuk Bandar itu segera dijawab oleh Pihak AC Milan dengan kenyataan berikut:

“Berkaitan dengan kenyataan daripada Datuk Bandar Milan, Giuseppe Sala, yang menyatakan AC Milan ada menyatakan hasrat untuk membina stadium baru dan pihak perbandaran telah mempertimbangkan untuk memberikan tapak serta alternatif.”

“Kami mahu menegaskan yang AC Milan tidak pernah berhasrat langsung untuk meninggalkan San Siro.”

“Walaupun AC Milan berhasrat untuk memiliki stadium sendiri di masa akan datang tanpa berkongsi dengan pasukan lain, namun ia memerlukan persetujuan daripada ramai pihak.”

“Sebab utama AC Milan dan Majlis Perbandaran bertemu untuk membincangkan isu untuk menaikkan nilai stadium San Siro dengan membangunkan stadium ini.”

AC Milan jelas kecewa dengan pihak pengurusan stadium yang tidak membangun dan memodenkan stadium tersebut. Inter Milan turut menggelar Sala sebagai pelakon yang hebat dalam kenyataan tweet balas kepada Sala.

Inter berkata, Sala sudah menyebut untuk memandang berat isu stadium untuk orang di Milan sejak 18 bulan lalu. Namun tidak ada sebarang langkah pro-aktif diambil setakat ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN